Peniaga Dari Rumah Berterima Kasih Kepada Presiden Halimah Dalam Surat Terbuka
Sumber gambar pertama: Puan Halimah Yacob (Facebook)
“Terima Kasih Puan Presiden kerana menjadi kebanggaan kami,” catat Nouriel Layla Begum.
Kagum dengan cara Puan Halimah Yacob menangani isu-isu genting yang sedang dihadapi Singapura, Nouriel telah memuat naik surat terbuka buat Presiden kita di Facebook pada 28 Mei
PEMIMPIN YANG MEMAHAMI
Sebelum menceburi bidang politik, Puan Halimah merupakan pegawai undang-undang di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC). Sumber: Straits Times
Bagi Nouriel, pengalaman Puan Halimah sebagai bekas peguam adalah antara sebab mengapa beliau berjaya mengawal situasi dewasa ini dengan cekap sekali.
“Pengalaman beliau sebagai seorang peguam dan pemimpin kesatuan sangat berguna semasa krisis ini. Beliau dapat memahami cabaran yang dihadapi penduduk dan memberi keprihatinan terhadap setiap lapisan masyarakat.
“Semasa COVID-19 ini, Puan Halimah telah mempamerkan kebijaksanaan, sifat ihsan dan penyayangnya kepada warga Singapura. Beliau memahami keadaan sebenar dan menjelaskan mengapa beliau mengizinkan penggunaan rizab negara.”
Kenyataan Puan Halimah dibuat Isnin lepas.
Lebih menyentuh lagi, Nouriel, seorang peniaga dari rumah, terkesan dengan cara Puan Halimah menangani ketidakpuasan hati para peniaga semasa perniagaan dari rumah tidak dibenarkan bulan lalu.
Puan Halimah juga pernah hidup susah. Sumber: Lianhe Zaobao
“Ketika operasi perniagaan dari rumah terpaksa dihentikan kerana langkah pemutus litar, kami (Nouriel sekeluarga) terjejas. Namun, Puan Halimah memujuk setiap peniaga yang terjejas dan mendorong mereka agar bersikap bertanggungjawab dan mematuhi nasihat pemerintah,” kongsi Nouriel.
“Walaupun Puan Halimah di kedudukan yang tinggi, beliau tetap mendengar pandangan setiap pihak dan membuat keputusan yang memaanfaatkan seluruh negara, sambil menonjolkan sikap bertanggungjawab.
“Ini mencerminkan seseorang yang memahami sistem secara kesuluruhan dan peka akan sekitaran ekonomi global. Ini bukan secara kebetulan, tetapi melalui pengalaman luas yang telah beliau raih semasa memperjuangkan hak pekerja dan golongan masyarakat yang kurang bernasib baik di sini,” jelas Nouriel.
PEMIMPIN YANG MENYOKONG INISIATIF MASYARAKAT
Sering beramah mesra bersama penduduk Singapura. Sumber: Straits Times
Dia turut menambah bahawa Puan Halimah merupakan pangkal di sebalik sikap daya tahan rakyat Singapura.
“Beliau merupakan tokoh yang menyatukan semua semasa krisis. Ketika kabinet menangani pelbagai isu berat melawan COVID-19, Puan Halimah menyiapkan warga Singapura untuk menghadapi masa-masa sukar dan menyeru semua untuk bersatu padu kerana daya ketahanan mental merupakan kunci kejayaan kita
Memupuk sifat patriotisme di kalangan masyarakat. Sumber: Halimah Yacob (Facebook)
“Bahkan beliau antara yang pertama untuk menyeru warga untuk memberi sokongan terhadap pekerja perubatan kita, meluluskan permintaan untuk mengibarkan bendera kebangsaan dan menyokong usaha-usaha murni masyarakat.”
PEMIMPIN ISLAMIK
Puan Halimah semasa menjalankan ibadah Umrah tahun lepas. Sumber: Haramain Sharifain (Facebook)
Di samping itu, Nouriel juga menyingkap kembali bagaimana pemimpin 66 tahun ini telah menggalak kaum Islam Singapura untuk terus beribadah meskipun sambutan Ramadhan dan Syawal ini tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.
“Ketika masyarakat Islam menjalani ibadah puasa dan sambutan Syawal dalam tempoh pemutus litar, beliau menggalak masyarakat Islam untuk bekerjasama dengan pemerintah – membuat penyesuaian agar melakukan solat di rumah, berpuasa bersama keluarga dan usah mengunjungi orang tua atas dasar melindungi kesihatan semua – tanpa menjejas nilai-nilai kita sebagai seorang Muslim.
Berbuka puasa bersama orang awam di Masjid Hajjah Fatimah tahun lepas. Sumber: Straits Times
“Dengan demikian, ia bukan saja Ramadan yang tidak akan kita lupakan, malah ia mengajar kita untuk menjadi seorang Muslim yang lebih berdaya tahan dan berupaya melakukan pengorbanan demi kesejahteraan semua. Kita tetap ceria semasa Aidilfitri, memakai baju baru dan bertukar khabar dengan sanak saudara melalui alam maya dan bergembira disamping keluarga tersayang.”
PRESIDEN MASYARAKAT
Mengalu-alukan semangat kekitaan. Sumber: Straits Times
Akhir sekali, Nouriel menyifatkan Puan Halimah sebagai pemimpin yang ikhlas dalam menggalas tugasnya sebagai Presiden Singapura.
“Semasa krisis ini, kita tidak perlukan seseorang yang mementingkan hasrat peribadi atau agenda politik. Kita tidak perlu seseorang yang hanya ingin menjadi popular. Kita perlukan seorang Presiden yang bijak dan berjiwa rakyat untuk membuat keputusan kritikal dengan jelas dan pantas agar seluruh negara dapat dibantu dengan segera. Dan saya sangat bersyukur kerana Presiden itu adalah Puan Halimah.
“Presiden daripada masyarakat kita. Alhamdulillah.”
Sumber: The New Paper
Comments