Pengumuman Kebenaran Bertudung Untuk Jururawat Mengundang Reaksi Positif
Jururawat Muslim dalam sektor kesihatan awam dibenarkan untuk memakai tudung dengan seragam mereka mulai 1 November ini, jika mereka mahu.
Demikian yang disampaikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Bahasa Inggeris di Rapat Umum Hari Kebangsaan tadi (29 Ogos).
Susulan pengumuman ini, rakyat setempat — tidak kira bangsa, agama, pekerjaan dan jantina — menyuarakan kegembiraan mereka di media sosial.
nurses can start wearing tudung starting november!!!!! im so happy for yall — (@abbaszafri_) August 29, 2021
Berita ini turut dipandang sebagai kemajuan dalam sistem keharmonian kaum dan agama Singapura meskipun ia “lambat setapak”.
Took us a while but hey WE TAKE THOSE LFG https://t.co/hYW7mcvKtN
— Ethan Noah Rozario (@EthanTheGoondu) August 29, 2021
Pengumuman ini juga telah memberikan sinar harapan buat Muslimah yang berada dalam atau bercadang untuk menyertai sektor-sektor seragam.
Next: all uniforms grp under GOV. Once ok, imma run to SPF HAHAH https://t.co/UZjBhqunwh — h (@whitechxcxlate_) August 29, 2021
Encik Lee berharap agar keputusan ini dapat diterima semua pihak dengan semangat yang betul.
Sumber gambar: Jakayla Toney & Jason Quah
Luahan Wartawan: Alhamdulillah. Semua pun hepi. Yeay! Here’s to a more tolerant and inclusive society
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Komentáře