top of page
Writer's pictureChap Chai

Penghantar Makanan Foodpanda Terkejut, Dapat Tips RM1000 Daripada Pelanggan Murah Hati


Dapat Tips RM1000 Daripada Pelanggan

Tugas yang digalas oleh food delivery rider amatlah mencabar dalam mengejar order dan menghantar pesanan makanan tepat pada waktunya. Jika bernasib baik, rider akan menerima tips daripada pelanggan sama ada dalam bentuk wang atau makanan.


Seorang delivery rider Foodpanda di Malaysia berkongsi di lelaman Facebook FoodPanda Rider Malaysia dimana beliau terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1000 oleh seorang pelanggan. Posting yang tular itu telah meraih lebih daripada 1900 likes, 323 komen dan 648 shares.

Posting yang tular itu telah meraih lebih daripada 1900 likes, 323 komen dan 648 shares

Sumber: Facebook, Foodpanda Rider Malaysia

Menurut rider tersebut, Muhammad Faris Faizul, melalui screenshot yang dimuatnaikkan ke posting tersebut, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja setelah selesai penghantarannya.

mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja setelah selesai penghantarannya

Sumber: Facebook, Foodpanda Rider Malaysia

Faris mengatakan bahawa memang ia satu kebiasaan untuk pelanggan memberikan tips di dalam sampul, namun begitu beliau tidak menjangkakan nilai dalam sampul tersebut lalu terkejut apabila melihat kepingan not RM50 berjumlah RM1,000 diletakkan di dalamnya.

Foodpanda Rider Malaysia

Sumber: Facebook, Foodpanda Rider Malaysia

Menurut Faris melalui mesejnya, pelanggan itu memberikan tips secara ikhlas meminta supaya beliau mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.

meminta supaya beliau mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin

Sumber: Facebook, Foodpanda Rider Malaysia

Ruangan komen posting tersebut dihujani komen para netizen yang memuji sifat besar hati pelanggan itu dan juga mendoakan agar beliau mendapat zuriat.

Shukri Sis
Ruangan komen posting tersebut dihujani komen para netizen
netizen yang memuji sifat besar hati pelanggan
mendoakan agar beliau mendapat zuriat

Sumber: Facebook, Foodpanda Rider Malaysia

Semoga pelanggan tersebut mendapat balasan yang setimpal dengan sifatnya yang sugguh besar hati dan juga semoga beliau mendapat zuriat dengan secepatnya, inshaAllah ameen!

semoga beliau mendapat zuriat dengan secepatnya, inshaAllah ameen!

Luahan Wartawan: Ramai orang cakap, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Hopefully ramai dapat mendoakan kakak ni for her generosity and inshaAllah she manages to conceive soon. Semoga kakak ni tak putus asa with her attempts, inshaAllah ameen!


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page