top of page
Writer's pictureLintah Darah

Pengarah Filem Pendek “Kejar”, Ruzhael, Terima Penghormatan PM Lee


Pengarah filem pendek “Kejar”

Pengarah filem pendek “Kejar”, Muhammad Ruzhael Marwazi, telah menerima penghormatan daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong setelah memenangi Anugerah Arah Terbaik (Kategori Pelajar) bagi Anugerah Pembikin Filem cINE65 2021.

 telah menerima penghormatan daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong
Sumber: Facebook, Lee Hsien Loong

“Ia mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi penghantar makanan tatkala mereka ‘mengejar’ sebanyak mungkin pesanan dalam sehari,” kata Encik Lee di Facebook semalam (11 Ogos).


“Pandemik ini telah memerah keringat penghantar makanan kita. Siang dan malam, hujan atau tidak, mereka tetap meronda untuk mengambil pesanan sementara kita bekerja dari rumah, atau ketika kegiatan makan luar tidak dibenarkan.


Petikan skrin daripada filem “Kejar”
Petikan skrin daripada filem “Kejar”

“Tahniah kepada Ruzhael dan semua pemenang Anugerah Pembikin Filem cINE65!” ucap Encik Lee.


Turut memberi pengiktirafan ialah isteri Encik Lee, Cik Ho Ching, yang telah mengongsi kejuaran Ruzhael di laman Facebooknya.


Turut memberi pengiktirafan ialah isteri Encik Lee, Cik Ho Ching, yang telah mengongsi kejuaran Ruzhael di laman Facebooknya
Sumber: Facebook, Ho Ching

SINOPSIS FILEM “KEJAR”


Diberi tema “Teguh, Bersama”, filem pendek ini diarah dan ditulis oleh Ruzhael, 20 tahun, dan diterbitkan oleh dirinya sendiri serta ahli kumpulannya daripada jurusan Pembuatan Filem (Seni Perfileman) di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central.

Sumber: Instagram, Muhammah Ruzhael Marwazi
Sumber: Instagram, Muhammah Ruzhael Marwazi

Berdurasi tiga minit, “Kejar” meliputi perjalanan hidup seorang penghantar makanan yang bekerja bertungkus-lumus dalam keadaan COVID-19 agar dapat membiayai kos perubatan ibunya yang sedang sakit tenat.


Petikan skrin daripada filem “Kejar”
Petikan skrin daripada filem “Kejar”

Filem ini sedikit sebanyak berlandaskan kehidupan Ruzhael yang mula bekerja sambilan sejak berusia 18 tahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya, lapor The New Paper.


Filem ini sedikit sebanyak berlandaskan kehidupan Ruzhael yang mula bekerja sambilan sejak berusia 18 tahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya, lapor The New Paper

Petikan skrin daripada filem “Kejar”

Petikan skrin daripada filem “Kejar”


“Saya amat bersyukur atas perhatian dan pujian yang telah diterima. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa saya akan menadapat apa-apa anugerah mahupun liputan dalam akhbar.


“Terima kasih semua atas sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan ‘gila’ ini,” luah Ruzhael di Instagram.

erima kasih semua atas sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan ‘gila’ ini,” luah Ruzhael di Instagram
Sumber: Instagram, Muhammah Ruzhael Marwazi

CiNE65 MMA adalah pertandingan filem pendek yang dianjurkan oleh Nexus, Kementerian Pertahanan dan mm2 Entertainment untuk mendorong pembuat filem untuk menghasilkan cerita mengenai Singapura.


Tahun ini, sebanyak tujuh anugerah diberikan kepada anak-anak muda yang bertanding di bawah kategori pelajar.


Luahan wartawan: Tahniah Ruzhael and team atas kejuaraan ini! Semoga kemenangan mereka menjadi pemangkin bagi pelajar-pelajar lain untuk terus menceburi minat mereka. Selagi takde commitment, go jer!! Do what you enjoy!


Listen to Plan B’s Podcast this week!



Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Commentaires


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page