Penerbit Filem Hollywood Cuba Buat Burger Ramly, Ramai Yang Puji!
George Motz, seorang penerbit filem Amerika Syarikat cuba “recreate” burger Ramly ikonik yang diminati ramai dan menerima pujian dari warganet.
Di dalam video yang dimuat naikkan di YouTube, Motz berkongsi sejarah burger Ramly yang bermula pada tahun 1982 di tepi jalan Malaysia.
Motz menggunakan bahan-bahan seperti roti burger murah dan marjerin untuk mereka kembali burger Ramly ikonik tersebut, lengkap dengan “grill” dan “setup” seperti di warung tepi jalan.
Ramai warganet memuji pencubaan Motz untuk membuat burger ikonik yang diminati ramai.
Selagi burger Ramly tu tak dibanjiri marjerin, selagi tu tak kick.
Ada juga warga Singapura yang merindu burger Ramly dari Malaysia. I feel you, bro.
Luahan Wartawan: Basically, I feel this comment.
Possibly the unhealthiest, greasiest, transfat filled burger out there but it is lipsmacking, finger licking good.
Lagi-lagi bila time bazaar Ramadan, dah jalan-jalan shopping, 2 jam sebelum sahur, whack ni burger. Fuyoo that hits differently man.
Kommentare