top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Penduduk dan MCST Kondo Tak Kasi Delivery Riders Pakai Lif, Suruh Guna Tangga


Tak Kasi Delivery Riders Pakai Lif

Sejak perintah pemutus jangkitan (CB) dikuatkuasakan, ramai penduduk setempat memandang tinggi terhadap para penghantar makanan yang tetap meneruskan tugas mereka meskipun negara sedang menghadapi keadaan yang meruncingkan.


Sehinggakan ada yang menganggap golongan ini antara wira negara.

Sehinggakan ada yang menganggap golongan ini antara wira negara

(Sumber: Instagram, OKLETSGO)


Penghantar makanan Foodpanda disanjung seperti kakitangan perubatan.


Namun, masih ada segelintir yang memandang rendah terhadap mereka dan memperlakukan mereka sebagai orang terbuang.


RV POINT MELARANG PENGHANTAR MAKANAN DARIPADA MENGGUNAKAN LIF

RV Point

Sumber: RV Point


Kondominium RV Point baru-baru ini telah meletakkan notis di sekeliling kondominium mereka, khas buat para penghantar makanan.


“Kehadapan penghantar makanan, MCST 4370 dan penduduk-penduduk RV Point meminta agar penghantar makanan GrabFood hindari daripada menggunakan lif kerana ia cuma boleh digunakan penduduk sini sahaja.


“Sila gunakan tangga.


“Kami meminta maaf atas segala kesulitan.”

Kami meminta maaf atas segala kesulitan

Sumber: Facebook, KinMun Theodore Lee


Pos tersebut telah dibawa turun KinMun. Akan tetapi, Alan Tay dari SG Covidiots sempat mengambil petikan skrin dan mengongsi pos tersebut dalam grup berkenaan.

Alan Tay dari SG Covidiots

Sumber: Facebook, SG Covidiots, Alan Tay


REAKSI WARGANET


Sejurus selepas pengguna Facebook KinMun Theodore Lee, yang juga dikenali sebagai Mr Brown memuat naik pos berkenaan, warganet menularkan sikap tidak prihatin pihak pengurusan dan penduduk-penduduk RV Point.


Sejak ia dimuatnaik dua jam lepas, pos tersebut telah mendapat lebih daripada 200 kongsian and 100 komen.


Geram, warganet menggesa para pemesan makanan agar jangan menghantar makanan pelanggan di sana secara tertib.

Geram, warganet menggesa para pemesan makanan
Joseph Tan

Ada yang menyuruh para pemesan makanan untuk boikot kondominium berkenaan.

Darryl Kang

Dan ada juga yang menyindir pihak pengurusan RV Point.

John Tan

Ada pula yang menyoal font yang digunakan pada notis, yang seolah-olah dipilih untuk membuat notis tersebut kelihatan seperti ia keluarkan oleh Grab, dan bukanlah pihak pengurusan RV Point.

chirtine Toh
Jeffrey Chiang
Lester Chan

Wartawan sedang menantikan perincian lanjut daripada pihak MCST RV Point.


Luahan wartawan: It’s just a lift. What’s the big deal KAN LIFT JER TU. Cannot share ah? They carry your food, rush to send over, do so many things to make your life easier. And you don’t even allow them to use your lift. Aku tak boleh brain siak.


Babi ah perangai. Aku nak tengok kau angkat kau punya orders sendiri dari carpark sampai unit kau. Kalau kau tak boleh handle, kau zip sudah.


Management pun bodoh. Blindly ikutkan kehendak residents. Ni ah semua duduk condo besarkan bodek jer. Sampai hilang simpati buat orang-orang ‘normal’.


Jangan lepas ni keluarkan statement bodoh sudah. ‘If food deliverers want to use the lift, they have to pay maintenance fee.’ Kepala hanggok kau.


Senang gini. Kau tanak orang luar pakai lift kau, deliverers semua tak payah deliver kat condo kau ah. Suruh residents semua keluar cari makan sendiri. Settle.



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page