top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Pendengar NJU Bantu Nur Insan Kumpul Lebih Daripada $200,000 Dalam 14 Hari


Pendengar NJU Bantu Nur Insan

Kempen untuk mengumpul dana buat madrasah percuma Nur Insan mengecapi sasaran $200k dalam masa 14 hari dengan sokongan orang ramai.


Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membiayai asatizah, membeli buku-buku dan membayar sewa untuk madrasah percuma Nur Insan.


Warganet juga menumpang gembira atas pencapaian projek mengumpul dana tersebut.

Warganet juga menumpang gembira atas pencapaian projek mengumpul dana tersebut
Alhamdulillah

Kami bertanya kepada Faris, selaku wakil Nur Insan untuk memberikan pendapat beliau.


Apakah perasaan Faris apabila sasaran 200k dikecapi dalam masa 14 hari?


Alhamdulillah kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan kepada kami oleh masyarakat. Jumlah yang terkumpul dalam masa yang sangat singkat memberikan kami semangat bahawa usaha dakwah kami disambut baik oleh masyarakat Singapura.

usaha dakwah

Semestinya dalam usaha kami menjalankan usaha Pendidikan Islam Percuma kepada lebih 700 pelajar, kos bulanan semakin meningkat. Buat masa ini, kami perlukan dalam anggaran $30-35 ribu sebulan untuk menampung kos asatizah, sewa pusat pendidikan kami, api air dan lain-lain lagi. Alhamdulillah jumlah ini dapat membantu kami meneruskan usaha ini untuk beberapa bulan lagi.

usaha Pendidikan Islam Percuma

Harapan untuk Nur Insan buat masa depan.


Kami yakin masyarakat Singapura akan terus menyokong usaha ini agar kami dapat menyentuh lebih ramai anak-anak kami dalam pendidikan Islam percuma. Ini adalah saham masa depan kami semua di mana kami mencuba untuk membentuk generasi baharu dengan lebih beramal dan bermutu.


Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua yang menghulurkan bantuan, baik dari segi wang ringgit ataupun dari segi menyebarkan usaha ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua yang menghulurkan bantuan, baik dari segi wang ringgit ataupun dari segi menyebarkan usaha ini

Semoga Allah SWT membalas jasa semua dengan sebaik-baik ganjaran dan semoga dikurniakan keberkahan Lailatul Qadr kepada semua.


Ustaz Nuzhan juga memberikan pendapat beliau terhadap sokongan luarbiasa oleh masyarakat.


Selain dari sokongan masyarakat terhadap satu-satunya institusi yang menyediakan pendidikan agama percuma secara berstruktur, dorongan utk menderma pada bulan ramadhan agar meraih keberkatan menjadi alasan utama.


Faktor podcast NJU yang menyeru orang ramai untuk menderma, dengan membincangkan perkongsian dan kelebihan dari sudut agama mahupun dari sudut pengalaman dan cabaran kehidupan, inilah antara teras kejayaan kempen ini juga.

Faktor podcast NJU yang menyeru orang ramai untuk menderma

Sebagai contoh, podcast NJU mewawarkan kelebihan menderma sebagai penawar dari penyakit menghilangkan rasa cinta dunia , semangat bergotong royong dan agar meninggalkan legasi amalan yang berterusan.


NJU sering menyeru untuk menderma setiap hari, dengan praktikaliti kemudahan teknologi agar menjadi kebiasaan buat individu mahupun sebagai syarikat agar menjadi satu kebiasaan.


Harapan Ustaz Nuzhan buat projek ini.


Harapan saya agar di penghujung bulan ramadhan ini amalan ini dapat diteruskan bahkan digandakan Semoga menjadi asbab kita memperolehi lailatul qadar dan ramadhan yang bermakna.

Harapan Ustaz Nuzhan

Sumber: Instagram, @nurinsansg

Terima kasih juga kepada masyarakat yang sentiasa menyokong inisiatif baik seperti ini dan Insha Allah, inisiatif NJU yang lain di masa akan datang.


Program mengumpul dana untuk madrasah percuma Nur Insan masih lagi berterusan. Ayuh kita menderma dengan ikhlas untuk masa depan anak-anak ini dan juga untuk saham akhirat kita.


Luahan Wartawan: Alhamdullilah. I believe as a community, we can do more to help a good cause. Ini adalah sedekah yang berterusan because you are investing in the education of future generation.

Alhamdullilah. I believe as a community

Seeking beneficial knowledge is a lifelong journey. In the future, these children maybe the ones who share what they learn in the capacity of a teacher to others and that is how your good deed will continue on for years even after you’re gone.


At time of writing, we have crossed the $220k. How about we push the collection to 300k? It takes a village to build a community and together, we can achieve.


Visit www.nju.sg/donate to contribute for Fund A Free Madrasah.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page