top of page

Pencuri Masuk Museum Ninja Untuk Curi Peti Duit Dalam 3 Minit! Suspek Kuat Mereka Pun Ninja

Writer: Lintah DarahLintah Darah

Pencuri Masuk Museum Ninja

Sumber: Matcha-jp

Sebuah peti besi berukuran 50 cm x 50 cm x 50 cm yang dikatakan seberat 150 kilogram telah hilang diangkut pencuri dari Iga-ryu Ninja Museum, di wilayah Mie, Jepun, dalam masa 3 minit SAHAJA!

tick tock

Jumlah wang dianggarkan sekitar 1 juta Yen / $13,000 merupakan pungutan pintu masuk ke muzium tersebut. Menurut laporan akhbar Yomiuri Shimbun, pencuri telah memecah masuk bangunan tersebut dengan menggunakan crowbar, beberapa jam setelah muzium itu ditutup pada pukul 5:30 petang.


Kamera litar tertutup / CCTV merakamkan seorang pencuri mengubah hala kamera ke lantai sebelum mereka mengangkut peti besi tersebut. Loceng kecemasan hanya berbunyi pada sekitar jam 1 pagi.

Japan Guide

Sumber: Japan Guide


Muzium ini antara lain memaparkan pelbagai jenis perangkap yang terdapat dalam sebuah rumah ninja, jalan-jalan keluar yang tersembunyi, pintu-pintu rahsia, tempat menyembunyikan pedang samurai dan banyak lagi.


Ada banyak jenis senjata dan pakaian ninja yang digunakan tersusun di kabinet-kabinet hiasan di muzium tersebut. Semua ini tidak disentuh oleh pencuri-pencuri tersebut.

Semua ini tidak disentuh oleh pencuri-pencuri tersebut.

Polis masih menyiasat, atau mungkin masih menggaru kepala, kehairanan.

Polis masih menyiasat, atau mungkin masih menggaru kepala, kehairanan

Luahan wartawan: Bayangkan, dalam masa 3 minit untuk anda siapkan maggi kari di dapur, pencuri dah pecah masuk dan angkut peti besi anda yang seberat 150kg.


Ada CCTV pun tak guna. Ada alarm kecemasan pun tak guna kalau ia hanya berbunyi 6 jam kemudian.

why

Tetapi, apa hal mereka perlu angkut peti berat tu sekali, sedangkan isinya macam tak berbaloi. Lainlah kalau ada emas ke, berlian ke, permata ke…


Mengapakah muzium itu tidak dikawal sekumpulan ninja? Apakah pencuri itu pun ninja?


empireofjade
Dual_Spot_Dork

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page