Pencarian Mainan Dewasa Melonjak 347% Di Internet Dek PKP
Bagi menjauhi perasaan ‘gila’ dek terkurung dalam rumah buat sekian lama, rakyat Malaysia mula giat membeli barangan secara dalam talian.
Hasil pencarian mereka, yang agak mengejutkan, dikongsi oleh penyedia perbandingan produk dan harga di Asia Tenggara, iPrice Group.
‘SEX TOY’ KEGILAAN RAMAI
Minat pencarian (search interest) sex toys dan vibrators melonjak 347% di kalangan pengguna Internet di Malaysia.
Manakala minat pencarian bagi kit ujian kehamilan adalah 79% dan 61% bagi kondom.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia turut menunjuk minat dalam alat dandanan.
Misalnya, jumlah carian bagi trimming clippers melonjak sebanyak 17,652% sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Peningkatan ini, kata iPrice, mungkin disebabkan penularan video-video DIY.
ALAT SENAMAN
Oleh kerana rakyat Malaysia tidak digalakkan untuk keluar bersenam dan tidak dibenarkan untuk ke gim, mereka terpaksa membeli alat senaman agar dapat bersenam dalam rumah.
Disebabkan itu, minat pencarian bagi tali skip meningkat 4,528% dan 2,016% bagi tikar yoga.
iPrice percaya keinginan untuk kekal sihat telah memotivasi rakyat Malaysia untuk membeli peralatan tersebut.
MAINAN VIDEO DAN PAPAN
iPrice mendapati minat pencarian bagi permainan Nintendo Switch terbaru, Animal Crossing: New Horizons, telah meningkat sebanyak 17,427%.
Minat pencarian dalam permainan papan seperti Monopoly pula melonjak sebanyak 4,336%.
TABLET DAN KOMPUTER
PKP juga telah mendorong penduduk Malaysia, yang kebanyakan harus bekerja dari rumah, untuk mencari komputer riba dan komputer peribadi.
Dengan 1,125% peningkatan dalam minat pencarian, tablet antara barangan ‘popular’ di Malaysia.
PERALATAN DAPUR
Menurut iPrice, warga Malaysia giat mencari peralatan seperti pembuat roti, pengadun, air fryer dan ketuhar.
Secara amnya, minat pencarian bagi pembuat roti meningkat sebanyak 7,587%, 3,048% buat pengadun, 2,029% bagi air fryer dan 1,058% untuk ketuhar.
Jadi tidak hairanlah mengapa kebelakangan ini, semakin ramai — tak kira wanita atau lelaki — yang memaparkan hasil masakan mereka di Facebbok.
Korang ada beli anything online? Kongsikan di komen!
Comments