Penampakkan Pocong Di Johor
26 Jun lalu, @creepyposta, sebuah akaun Twitter yang mendedikasikan lamannya untuk kisah-kisah hantu dan misteri, mengongsi pengalaman seorang wanita yang ternampak pocong.
NAMPAK POCONG LOMPAT-LOMPAT
Kelazimannya, Sarefa Rafidah Amir Hamzah merakamkan perjalanan ke rumah ibu bapanya di Jalan Tampok, Rengit, Johor.
Namun pada 23 Jun, sesuatu yang aneh berlaku.
Sewaktu meneliti kembali rakaman yang diambilnya, Sarefa terlihat objek berbungkus melompat-lompat — yang lebih dikenali sebagai pocong.
? 23 Jun 2020 ⏰ 10 PM ?Jalan Tampok, Rengit, Johor Adikku baru dalam perjalanan pulang ke rumah mak ayah. Setiap kali dia drive, dia memang suka record video jalan atau lagu kat radio. Benda ni memang suddenly happened tanpa pengetahuan dia. ? Sarefa Rafidah Amir Hamzah pic.twitter.com/Gwy5po5IZE — creepyposta ϟϟ (@creepyposta) June 26, 2020
REAKSI WARGANET
Walaupun video berkenaan menyeramkan, segelintir warganet lebih tertarik pada ketinggian lonjatan pocong itu.
Pada masa yang sama, ada juga yang mengongsi pengalaman mereka terserempak dengan hantu.
Aku pernah nampak cik cong real. Jarak pun tak jauh. Muka hitam je. Tp cara pandang macam pandang aku. Masa tu 2011 dekat 1 sek ni kat senawang after pukul12 malam. Aku buat ape kat sek tu ? Hahaa ade lah — F A T I N ? (@Nazurahfatin12) June 26, 2020
Ni mmg poc. Dulu time blaja kt puncak alam. Pakcik dh ddk lama kt p.alam story yg pg2 dia nmpk pocong yg melompat mcm melantun. Bkn mcm dlm tv mcm lompat dlm guni. Seram beb. — Siti Norfarahin (@frhnihsn) June 28, 2020
Aaaaaa jalan Tampok ni mmg dari dulu banyak cerita pasal Cik Lang.Sendiri pun pernah nampak Cik Lang duduk tepi jalan tunggu bas kot pukul 2 https://t.co/bCP7j55BZj tambah pulak gula2 Hacks ? — Lady Zaza (@LadyZaZarisa) June 26, 2020
Seorang warganet pula mencatatkan ‘cara’ untuk tahu bagaimana diri diekori pocong.
Adakah ini benar?
Kommentare