Pemuda Tulis Al-Quran Untuk Calon Isteri, Bakal Berikan Hadiah Istimewa Kalau Kahwin
Seorang pemuda di Indonesia membuat ramai netizen ‘cair’ apabila rakaman video beliau sedang menulis ayat suci Al-Quran tular di media sosial melalu aplikasi TikTok. Posting tersebut telah meraih lebih daripada 2,100,000 likes 37,000 komen dan 14,000 shares.
Sumber: TIkTok, @Awwaludin.Fajri
Melalui akaun TikToknya @Awwaludin.Fajir, lelaki yang dikenali sebagai Awwaludin Fajri itu memberitahu bahawa Al-Quran tulisan tangannya itu adalah hadiah istimewa untuk mana-mana wanita yang bakal bergelar isterinya.
Sumber: TIkTok, @Awwaludin.Fajri
Menurut Awwaludin, meskipun dia belum mempunyai calon untuk dijadikan pasangan hidup, beliau sudah memasang niat menghadiahkan al-Quran itu bila bertemu jodoh kelak.
Sumber: TIkTok, @Awwaludin.Fajri
“Buat siapa pun jodoh saya nanti, ini adalah hadiah paling istimewa yang akan saya berikan,” tulis Awwaludin di dalam rakaman video TikTok itu.
Menerusi video itu, dapat diperhatikan kekemasan tulisan Awwaludin yang tidak ada cacat celanya seperti cetakan mesin.
Sumber: TIkTok, @Awwaludin.Fajri
Rakaman video itu menerima banyak pujian netizen yang rata-rata meluahkan rasa teruja mereka melihat kekemasan tulisan Awwaludin. Ramai netizen juga turut mendoakan agar beliau mendapat jodoh yang Solehah.
Sumber: TIkTok, @Awwaludin.Fajri
Semoga apa yang dihajati dan dipilihnya dipermudahkan segala urusannya dan juga dikurniakan istiqamah dalam perjalannya.
Luahan Wartawan: His handwriting is downright amazing. It really looks like something out of a machine instead of handwritten. Apa-apa pun, I am downright amazed dengan kebolehannya. Semoga beliau ditemukan dengan jodoh yang diimpikan, inshaAllah ameen!
Podcast Plan B minggu ini!
Comments