top of page
Writer's pictureLintah Darah

Pemuda Tular Dibanjiri Direct Message, “Mereka Nak Potong Saya, Nak Pukul”


Mereka Nak Potong Saya Nak Pukul

Susulan itu, warganet mengecam pasangan ibu dan anak ini yang berkeras meminta maaf selepas melontarkan kata-kata ofensif, dan mendakwa mereka sebagai orang-orang rasis, tidak berilmu dan jahil.

warganet mengecam pasangan ibu dan anak ini
yang berkeras meminta maaf selepas melontarkan kata-kata ofensif
mendakwa mereka sebagai orang-orang rasis, tidak berilmu dan jahil.

Ini kerana Bonda berkata perkataan n*gger ibarat panggilan normal baginya, dan Ibnur pula berpendapat tiada salah baginya untuk menggunakan perkataan tersebut.


Oleh demikian, OKLETSGO telah menjemput Ibnur dan Bonda ke studio Jumaat lalu, menjadikan mereka sebagai teladan untuk mendidik orang ramai tentang mengapa perkataan n*gger tidak boleh disebut.

Temu bual bersama OKLETSGO

Temu bual bersama OKLETSGO. Sumber: Instagram


Namun terdahulu, ibu dan anak ini diberi ruang untuk membersihkan nama mereka.


TIDAK BERNIAT UNTUK MENYAKITI SESIAPA


Punca utama yang menghangatkan warganet ialah video lampau Ibnur dan rakan-rakannya, di mana mereka didapati melafazkan istilah n*gger.

Petikan skrin daripada video asal

Petikan skrin daripada video asal, yang telah dipadamkan. Sumber: Ibnur Iman


Menurut Ibnur, video tersebut dirakam empat tahun lalu dan ia dikeluarkan semula di Twitter (@ibbybitch) untuk mengenang kembali nostalgia lama bersama teman-temannya.


“Beberapa rakan saya dalam video tersebut baru saja keluar dari penjara. Jadi saya muat naik semula video itu untuk raikan kepulangan mereka.


“Saya tak berniat untuk sindir kematian George Floyd. Tak terlintas pun di fikiran saya bahawa perbuatan saya tidak sensitif.


“Lagipun semasa saya pos video ini pada 2016, tiada siapa yang menegur saya,” jelas Ibnur, yang kali ini digesa pengikutnya untuk memadam video berkenaan.


INSTAGRAM LIVE DIKELUARKAN DARIPADA KONTEKS SEBENAR


Akan tetapi, Ibnur dan Bonda sebaliknya memberikan justifikasi di Instagram live (@ibnur.iman) tentang mengapa mereka ‘boleh’ menggunakan perkataan tersebut.

Petikan skrin daripada Instagram live

Petikan skrin daripada Instagram live. Sumber: Twitter


“Pada mulanya, kami cakap baik-baik dan beritahu penonton mengapa kami gunakan istilah itu.


“Kami dikelilingi orang kulit hitam dan mereka sering menggunakan terma n*gger semasa bersama kami. Kami terikut sama dan mereka tidak pernah pun perbetulkan kami. Jadi sebab itulah kami rasa, kami tidak bersalah,” kata Bonda kepada wartawan.

Mempunyai rakan berbilang bangsa.

Mempunyai rakan berbilang bangsa.


“Tapi lama-lama, penonton mula maki kami dan cakap Bonda dan Ibnur hina orang kulit hitam.


“Tak ada orang dengar pun penjelasan Bonda. Yang tular cuma bahagian Bonda ‘maki’. Padahal Bonda kasi contoh macam mana Bonda gunakan istilah itu,” hurai wanita 54 tahun itu.


TERIMA UGUTAN


Selain dikutuk dan dimalukan di media sosial, ibu dan anak ini juga berkongsi bahawa mereka menerima ugutan oleh warganet menerusi direct message (DM).


“Saya terima DM daripada warga Malaysia dan Singapura yang berkata mereka nak potong saya, nak pukul. Ada juga yang suruh saya ‘hati-hati’ apabila keluar rumah,” kata Ibnur, 20 tahun.


Ibnur juga menambah maklumat peribadi dia dan ibunya juga dikorek warganet.

Ibnur juga menambah maklumat peribadi dia dan ibunya

Antara maklumat peribadi yang dihebohkan ialah alamat mereka. Sumber: Twitter


Bonda juga tidak terlepas daripada dikecam secara peribadi.


Namun, dia dan Ibnur enggan mengambil tindakan atas mereka yang mencemuh kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan dan mereka pasti, perkara ini akan lenyap kelak nanti.


DINASIHATI


Walaupun ramai yang melulu mengecam mereka, ada juga beberapa pihak yang mendekati Ibnur dengan niat untuk mendidik dan memastikan mentalnya tidak terganggu.

Masih ada yang berhati perut.

Masih ada yang berhati perut.


“Sejujurnya, saya paiseh dengan kelakuan saya, lebih-lebih lagi setelah DM saya dibanjiri dengan seribu mesej.


“Ada dalam sepuluh institusi kesihatan mental yang mesej saya. Mereka kata, kalau saya dan Bonda terganggu dengan tohmahan warganet, kami boleh saja hubungi mereka untuk menjalani konsultasi.


“Saya juga menerima mesej daripada beberapa orang yang mengajar saya tentang asal usul perkataan itu dan mengapa ia tidak boleh digunakan,” kongsi Ibnur.


KESAL


Pada akhir bahagian pertama podcast, Bonda, sebagai Gen X berkata kejadian tersebut telah mengajarnya tentang etika media sosial.

Bonda masih berjinak-jinak.

Bonda masih berjinak-jinak.


“Bonda dah lama guna Facebook tapi tak pernah ada kontroversi macam gini…Sekarang baru Bonda tahu, kena jaga kata-kata di media sosial.”


Kenyataan Ibnur menyusuli dalam artikel kedua.


Luahan wartawan: Tak semua orang faham that it’s wrong to use certain terms because of the way they were brought up. Lain orang, lain pemahaman. Tahap sensitivity pun lain.


The viral snippets on Twitter pun one sided, instantly giving people the impression that this mother and son kurang ajar. Walhal they did try to explain why they’re ‘like that’.


Most of us are on social media so please use your platforms wisely. Be sensitive, know how to phrase your words well, don’t spread fake news and don’t cause unnecessary trouble.


This isn’t just a learning point for Ibnur and his mum, but for all of us as well.


Untuk mendengar podcast OKLETSGO, click link dibawah ini:


Part 1: Context


Part 2: Realisation



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram



Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page