Pemuda Terkorban Pertahankan Ibunya Daripada Tikaman Perompak
Hussain Chaudhry meninggal dunia semasa melindungi ibunya daripada di tikam perompak pada Rabu lalu.
Menurut laporan The Sun, keluarga Chaudhry mempunyai bisnes online yang menjual baju. 2 orang datang ke rumah mereka, konon untuk melihat pakaian yang dijual keluarga tersebut.
Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila 2 remaja tersebut cuba mencuri pakaian yang dijual dan dalam pergelutan tersebut, Hussain cuba melindungi ibunya daripada ditikam. Tetapi nyawa Hussain terkorban apabila lehernya ditikam oleh salah seorang remaja tersebut.
Hussain menghembuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian. Ibu dan abangnya ditemui dengan kesan hirisan pada tangan mereka oleh orang ramai sesudah tragedi tersebut.
Faiza, seorang kenalan Hussain, menyatakan bahawa Hussain sempat menenangkan ibu beliau sebelum melafazkan kalimah syahadah dalam pangkuan ibu tercinta.
Inna lilahi wa inna ilayhi raji'un. "Hussain was a lion. He said ‘don’t worry mum – just call an ambulance’ and then he looked up to the heavens peacefully and said his Shahada" May Allah grant him the highest level of jannah. Ameen — Faizah (@Faizavelli) March 19, 2021
Kakak Hussain, Afia meluahkan perasaan sedihnya atas kehilangan adiknya.
“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Awak dah tiba di ‘rumah’, dik. Kami akan berjumpa awak tak lama lagi,” tulisnya sayu.
Beliau juga meminta orang ramai mendoakan adiknya.
Warganet menyampaikan salam takziah kepada keluarga Chaudhry.
Arwah Hussain merupakan seorang pelajar dalam jurusan undang-undang di SOAS University of London. Universiti tersebut melancarkan tabung amal untuk membina sebuah perigi sebagai satu amal jariah di atas nama Hussain.
Kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan pembunuh itu masih diburu polis.
Luahan Wartawan: Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.
You’re a brave boy, Hussain, like your namesake, and like him, your death is for the right thing. May He grant your family ease as they mourn the loss of a dear soul.
But I can’t wrap my head around the senseless killing over a few jackets. What is happening to the world today?
It is heartbreaking to see the state of the world today. May He continue to preserve and guide us all.
Podcast Plan B minggu ini!