Pemuda Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Untuk Mengajar Al-Quran
Enggan menyeksa anak, sepasang ibu bapa dari Kuantan, Pahang terpaksa membuat keputusan getir untuk mematikan suis mesin sokongan hayat yang dipasang pada anak ketiga mereka.
Sumber: Facebook
KECEDERAAN OTAK
Akibat kemalangan jalan raya 8 Julai lalu, anak mereka, Muammar Ashraf Ahmad Faizul, mengalami kecederaan parah pada otaknya, sehinggakan bergantung pada mesin sokongan hayat.
Difahamkan, kemalangan terjadi sewaktu penghafaz Al-Quran 30 juzuk itu dalam perjalanan untuk mengajar Al-Quran pada kira-kira 7 malam hari berkenaan.
Allahyarham, 21 tahun, meninggal dunia pada 11 Julai setelah mesin dihentikan oleh ibu bapanya.
ANAK YANG BAIK
Sumber: Facebook
Susulan pemergian arwah, ibunya Nordiah, mengenang kembali jasa anaknya itu kepada keluarga.
“Amar ialah anak syurga Ummi dan Abah. Amar anak yang baik, adik dan abang yang baik. Ummi dan abah bangga dapat anak seperti Amar.
Sumber: Facebook
“Di saat-saat terakhir Amar, Amar banyak berbakti kepada Ummi dan Abah. Banyak berkhidmat untuk keluarga.
“Allahuakhbar. Syurga tempatmu,” tulis Nordiah.
ADIK DAN ABANG PENYAYANG
Sumber: Facebook
Di samping itu, kakak Allahyarham, Husna Faizul, turut mengimbau kembali memori-memori terakhir bersama arwah.
“Tiga hari sebelum ini semua berlaku, kami hiking bersama. Saya tak larat naik bukit. Dia (Amar) hulur tangannya dan pimpin saya sepanjang perjalanan,” kata Husna menerusi Instagram.
Katanya juga, Allahyarham telah mengecat rumah seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir agar rumah “kelihatan cantik apabila orang datang.”
Sumber: Facebook
PEMERGIAN YANG DICEMBURUI RAMAI
Malah, pemergian arwah telah mengganggu emosi orang ramai — termasuk mereka yang tidak mengenali arwah secara peribadi.
Setelah membaca kisah Allahyarham Amar di media sosial, warganet Muhammad Iqbal Maharani meluahkan isi hatinya di Facebook.
Menerusi pos menyentuh perasaan itu, Muhammad Iqbal memuji sifat murni arwah dan menyifatkan arwah sebagai “insan terpilih”.
Dalam pada itu, pengebumian arwah juga dihadiri ramai orang termasuk serombongan orang-orang alim dan Habib Agil.
Sumber: Instagram
Tambah Husna, ada di kalangan mereka yang menziarah tidak dikenali ahli keluarga.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Semoga Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang yang beriman ?
Comments