top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Pemuda Lukis Mural Wira Negara Untuk Menzahirkan Perasaan Terima Kasih


Pemuda Lukis Mural Wira Negara

Pengekangan penularan virus COVID-19 dalam sesebuah negara memerlukan kerjasama dan toleransi daripada setiap individu —  termasuklah pimpinan daripada barisan ketua negara.


Oleh itu, demi menzahirkan perasaan berterima kasih kepada wira-wira negara, seorang warga Malaysia telah memulakan inisiatif untuk melakarkan mural di sebuah daerah di Shah Alam.

melakarkan mural di sebuah daerah di Shah Alam.

Berasal dari Terengganu, Suhaimi Ali, seorang street artist, telah melukis wajah pemimpin-pemimpin Malaysia seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Sri Ismail Sabri pada dinding-dinding di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, Shah Alam.

Berasal dari Terengganu, Suhaimi Ali, seorang street artist

Selain membuat mural, Suhaimi turut merakamkan penghargaannya menerusi sebuah catatan di Instagram:


“Pemimpin menjadi hebat bukan kerana kuasanya tetapi kerana keupayaan mereka memperkasakan orang lain.


“Terima kasih Agong dan barisan hero kita.”


Difahamkan, proses melukis mural bermula sejak 21 Jun.


Dan sejak ia disiapkan tiga hari lalu, rakyat Malaysia nampaknya tidak sabar untuk mengunjungi mural tersebut.

aziznatalib_83
zulaikha8454

Dalam pada itu, hasil kreatif Suhaimi turut menjana komen-komen positif daripada warganet serta menarik perhatian media Malaysia.

irahazla
komen-komen positif daripada warganet serta menarik perhatian media Malaysia.

Sumber: Suhaimi Ali



Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page