Pemilik Baru Kucing Ini Menerima Surat Menyentuh Hati Daripada Pemilik Lama, Tiga Beradik
“Please take care of Yoda,” titip tiga beradik — Naufal, Hannah dan Ayla — dalam sebuah utusan menyentuh hati kepada penjaga baharu kucing mereka.
Pada 11 Julai lalu, Ariff Ikhram bukan sekadar menerima Yoda — seekor anak kucing — daripada sebuah keluarga yang ditemuinya menerusi Facebook, malah turut mendapat sepucuk surat daripada tiga orang anak kecil.
Yoda the kucen.
Dalam kiriman tiga beradik itu kepada Ariff, atau Uncle Ariff, mereka meluahkan bahawa mereka mahu memelihara Yoda namun oleh kerana keluarga mereka sudah memiliki 10 lagi ekor kucing, mereka terpaksa melepaskan Yoda.
Redha dengan keputusan ibu bapa mereka, mereka berharap agar Ariff dapat menjaga Yoda dengan baik.
Dalam pada itu, mereka juga berharap kehadiran Yoda dapat menceriakan hidup Ariff.
“Mama kata kita dapat gembirakan ramai orang dengan memberikan mereka kucing. Jadi kita harap Yoda dapat membuat awak senyum,” tulis tiga beradik itu.
REAKSI WARGANET
Susulan perkongsian ini di Twitter, pos Ariff telah menjana lebih 28,400 kongsian dan beribu komen.
Tentunya, ramai warganet terharu membaca surat adik-beradik ini.
Ada pula yang memuji didikan ibu bapa tiga beradik ini kerana telah berjaya membesarkan anak-anak yang mulia dan matang.
Ruangan komen turut dibanjiri dengan gambar kucing peliharaan masing-masing sebagai cara untuk “menyambut kedatangan” Yoda.
Oklah aku pun nak selit gambar kucing aku. He’s decent.
JANJI ARIFF KEPADA YODA
Turut tersentuh membaca mesej tiga beradik itu, Ariff bercadang untuk membingkaikan surat yang diutuskan.
Dia juga berjanji untuk menjaga Yoda sebaik mungkin.
Kalau korang ada kucing, sila share gambar kucing korang kat comments! A cat a day keeps the stress away as they say.
Luahan Wartawan: Ala comey nyew Aku rasa budak-budak tu punya note lagi cute daripada the kitten hehe. Aku melt!!!
Teringat masa aku kutip kucing aku 2 years ago. Aku kutip daripada the previous owner sebab dia dah terlalu banyak kucing. Aku bawak balik kucing aku secretly sebab aku tau kalau aku mintak permission from mak bapak aku, they will not agree with the idea. End up bila they saw the cat, they fell in love with him and sekarang kucing aku lagi sayang dorang daripada aku lol #sadlyfe. In fact kucing aku macam tak kenal aku gitu. Apekah.
On this note, adopt and kutip. Don’t buy okay! And don’t anyhow inbreed. Penyakit nanti keturunan kucing kau.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments