top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Pembunuhan Pembantu Rumah, Dibiarkan Lapar Sampai Berat Badan 24kg, Dipukul Setiap Hari


Pembunuhan Pembantu Rumah

Kes penganiayaan dan pembunuhan seorang pembantu rumah warganegara Myanmar yang telah menggemparkan seluruh Singapura pada tahun 2016 kini diketengahkan lagi apabila pihak tertuduh, Gaiyathiri Murugayan, 40 tahun, mengaku bersalah atas 28 tuduhan termasuk ‘culpable homicide’.

Kes penganiayaan dan pembunuhan seorang pembantu rumah

Sumber: The Straits Times

Gaiyathiri, isteri kepada seorang anggota polis, mengaku bahawa beliau telah membiarkan pembantu rumahnya itu kelaparan dan menyiksanya sebelum membunuhnya. Pendakwa raya telah menuntut hukuman pejara seumur hidup atas kesalahannya.

kelaparan dan menyiksanya sebelum membunuhnya

Sumber: The Straits Times

Pembantu rumahnya, Piang Ngaih Don, seorang warganegara Myanmar berusia 24 tahun, dipukul hampir setiap hari dan sering tidak diberikan cukup rehat. Beliau juga dipaksa untuk mandi dan menggunakan tandas dengan pintu terbuka.


Oleh kerana beliau juga sering dibiarkan dalam keadaan kelaparan, berat badan Piang Ngaih Don adalah hanya 24kg sahaja ketika beliau meninggal dunia pada 26 Julai 2016.


Ini jauh berbeza daripada berat badannya yang seberat 38kg ketika beliau baru sahaja mula berkerja dengan Gaiyathiri pada Mei 2015. Ini adalah kali pertama beliau berkerja diluar Myanmar. Beliau juga tidak dibenarkan memiliki handphone dan juga bekerja tanpa hari cuti.

Beliau juga tidak dibenarkan memiliki handphone dan juga bekerja tanpa hari cuti.

Sumber: Google Images

Piang Ngaih Don sering dimarah dan ditengking oleh majikannya kerana Gaiyathiri seringkali tidak puas akan taraf kerjanya. Gaiyathiri juga sering mengherdiknya kerana membuat kerja dengan lambat dan juga tidak menjaga kebersihannya.


Penderitaan yang dialami Piang Ngaih Don dirakam oleh beberapa CCTV yang telah diletakkan di dalam rumah oleh Gaiyathiri dan suaminya untuk memantau Piang Ngaih Don bersama kedua anak mereka.

The New Paper

Sumber: The New Paper

Menerusi rakaman tersebut, mahkamah juga mendapati bahawa ibu Gaiyathiri, Prema S. Naraynasamy, berusia 61 tahun, yang sering ada di rumah itu juga terlibat dalam penganiayaan tersebut.


Rakaman itu juga menunjukkan Gaiyathiri menuang air sejuk ke atas pembantunya sebelum memukulnya menggunakan botol plastik atau senduk besi. Beliau juga pernah menarik Piang bangun dari lantai dengan menarik rambutnya, mencekiknya dan juga membakar kulitnya menggunakan seterika panas.

mencekiknya dan juga membakar kulitnya menggunakan seterika panas

Sumber: The Straits Times

Pada 25 Julai 2016, malam sebelum beliau meninggal dunia, Piang Ngaih Don dipukul dan disimbah air sejuk oleh Gaiyathiri bersama ibunya sebelum beliau ditinggalkan terikat pada jeriji tingkap tanpa diberikan makanan malam.


Piang Ngaih Don kemudian ditendang, dipukul dan dicekik oleh Gaiyathiri beberapa kali sebelum beliau menarik rambut Piang kebelakang dengan kuat sehingga mencederakan lehernya. Piang Ngaih Don dijumpai terbaring dan tidak sedarkan diri pada pagi 26 Julai 2016.

The Straits Times

Sumber: The Straits Times

Gaiyathiri menelefon klinik terdekat dan meminta doktor untuk ke rumahnya setelah mendapati Piang tidak sedarkan diri. Jururawat yang mengangkat panggilan itu pula mencadangkan kepadanya untuk memanggil ambulans.


Tidak lama kemudian Doktor Grace Kwan daripada klinik berdekatan tiba dirumahnya dan mengesahkan bahawa Piang sudah meninggal dunia. Apabila doktor itu bertanya kepada Gaiyathiri sama ada beliau telah memukul Piang, Gaiyathiri berbohong dengan menafikan sembarang penglibatan.


Ketika mendapat jawapan tersebut doktor terus menelefon ambulans dan pihak polis pun terus tiba setelah dimaklumkan tentang hal tersebut. Anggota paramedik SCDF tiba pada pukul 11:30 pagi dan mengesahkan kematian Piang.


Laporan autopsi mendedahkan bahawa 31 bekas luka bersama 47 kecederaan luaran dapat dikesan di seluruh badan Piang Ngaih Don.


Laporan tersebut juga mengesahkan bahawa kekurangan oksigen ke otak disebabkan cekikkan Gaiyathiri itu adalah penyebab kematian Piang Ngaih Don.

The Straits Times

Sumber: The Straits Times

Di mahkamah, pihak pembela menuntut hukuman penjara selama 14 tahun atas sebab Gaiyathiri mengalami kemurungan ketika hamil dan menghadapi OCD (Obsessive Compulsive Disorder).


Namun begitu, pihak pendakwa raya telahpun mengambil kira keadaan kesihatan mental Gaiyathiri. Lantas tuduhan membunuh diturunkan menjadi tuduhan ‘culpable homicide’.

Hakim See Kee Oon akan memaklumkan keputusan mengenai hukuman yang bakal dihadapi Gaiyathiri pada hari yang lain.


Luahan Wartawan: Nak panggil binatang pun tak rasa binatang sanggup buat macam ni. This is just downright inhumane. Orang tu datang dari jauh nak cari rezeki, kau buat dia macam gini. Seriously inhumane. Mental issue or not, I hope she faces the full brunt of the law. And mak dia juga for participating and suami dia juga for letting it happen.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Opmerkingen


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page