Pembunuh Rupawan Menikam Ibunya Sendiri 79 Kali
Sebuah video menggambarkan seorang wanita cantik manis tersenyum di dalam mahkamah, diiringi lagu “Sweet but Psycho” nyanyian Ava Maxx tular beberapa hari lalu.
Wajah cantik rupawan itu mempunyai sejarah yang menggerunkan. Isabella Guzman, 25 tahun, wanita di dalam video tersebut merupakan seorang pembunuh.
Isabella menikam ibu kandungnya, Yun Mi Hoy, berumur 47 tahun sebanyak 79 kali di bahagian muka dan leher 7 tahun yang lalu.
Read that again. 79 times. It was literally a bloody murder.
Peristiwa tersebut berlaku pada malam 28 Ogos 2013. Bapa tiri Isabella, Ryan Hoy menyedari akan pembunuhan isterinya apabila melihat darah melimpah keluar dari bilik air di tingkat atas rumahnya.
Isabella keluar dari bilik air tersebut dengan berbekalkan sebilah pisau dengan keadaan tenang semasa Ryan membuat panggilan meminta bantuan polis.
Ryan bergegas ke dalam bilik air untuk cuba menyelamatkan isterinya walaupun beliau tahu bahawa isterinya sudah tiada lagi.
Menurut laporan bedah siasat, Yun telah ditikam 31 kali di muka dan 48 kali di lehernya. Isabella diberkas pada hari kemudiannya di sebuah parkir di East Hampden Avenue.
Bapa kandung Isabella, Robert Guzman mengatakan bahawa Isabella ke rumahnya beberapa jam sebelum tragedi tersebut. Di atas permintaan bekas isterinya, Robert menasihati anaknya agar patuh kepada ibu dan bapa tirinya yang menjaganya.
“Saya cuba menasihatinya untuk taat kepada ibu bapa, tidak memberontak dan cuba mendengar segala arahan mereka. Semuanya kelihatan lancar pada pandangan saya namun sebaliknya pula berlaku kerana selepas beberapa jam, perkara ini (pembunuhan) pula terjadi” – Robert Guzman, ayah kandung Isabella Guzman
Terdapat tanda-tanda Isabella akan melakukan sesuatu terhadap ibunya beberapa hari sebelum kejadian tersebut. Menurut bapa tirinya, Isabella kerap biadap terhadap ibunya. Beliau telah meludah ke muka ibunya dan menghantar emel berbentuk ugutan.
“You will pay!” – Isabella, dalam ugutan emelnya
Interaksi Isabella dengan kamera di dalam mahkamah dan senyuman lebarnya, seolah-olah tidak bersalah menggerunkan orang ramai dan warganet. Ramai yang mempersoalkan keadaan mental Isabella apabila melihat perangai tanpa sesalnya setelah membunuh ibunya dengan begitu kejam sekali.
Namun, Isabella terlepas dari semua tuduhan apabila beliau membuat “insanity plea” walaupun mahkamah mempunyai semua bukti untuk mendakwanya.
Menurut analisis kesihatan mental, Isabella disahkan menghidap “Paranoid Schizophrenia” di mana pesakit akan mengalami halusinasi, ketawa sendirian, bercakap dengan orang yang tidak wujud dan sering merenung ke arah langit atau sudut-sudut yang lain.
Isabella kini sedang menjalani hukuman di Colorado Mental Health Institute.
Luahan Wartawan: Sekali pandang aduiii, cair tengok dia senyum.
Terlepas pandang, kau dia tikam.
Sweet but saiko. Jangan disangka paras rupa yang cantik tiada rahsia.
Kadang-kadang, lagi cantik, lagi manis, lagi handsome, lagi tak betul orangnya.
Remember that saying? The devil doesn’t come with horns and a tail, he comes looking like everything you ever desired.
Comments