top of page

Pembukaan Pasar Raya Ustaz Ebit Lew Disambut Ribuan Pelanggan

Writer: Belalang BiruBelalang Biru

Pembukaan Pasar Raya Ustaz Ebit Lew

Pembukaan kedai runcit Ustaz Ebit Lew, Elewsmart, menerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia yang menyerbu kedai tersebut sejak siang tadi (18 Julai).

Pembukaan kedai runcit Ustaz Ebit Lew

Menerusi Facebook live yang dirakam sewaktu pembukaan, keadaan kelihatan begitu sesak — seperti dikerumuni beribu orang — sehingga memerlukan pihak berkuasa untuk mengawal deretan mengular di luar kedainya.

Menjual barangan dapur pada harga jauh lebih rendah berbanding pasar raya dan kedai-kedai lain, gerai ini telah berjaya menarik orang ramai untuk datang melanggan.


Misalnya, harga lima paket Maggi, yang secara purata dijual pada harga RM4.80, cuma dijual pada harga RM0.90.

Grand opening promotion

Sumber: Facebook


Terdapat juga barangan keperluan asas lain dan cemilan yang dijual pada harga menjimatkan.

walls cornetto

Sumber: Facebook

Nestle nescafe coffee

Sumber: Facebook

kicap manis cap kipas udang 345ml

Sumber: Facebook


Menukil pos Ustaz Ebit di Facebook, dia berharap agar usahanya dapat meringankan beban dan mengembirakan rakyat.


Pernah hidup susah satu ketika dahulu, Ustaz Ebit faham benar keperitan yang dilalui mereka yang kurang bernasib baik.


Oleh itu, di samping menjual barangan murah, dia turut mendirikan Food Bank dalam setiap cawangan Elewsmart bagi membolehkan sesiapa sahaja untuk menyalurkan bahan makanan buat mereka yang memerlukan.

Setakat ini, cawangan Elewsmart di Bandar Baru Bangi telah mula beroperasi.

Sumber: Facebook


Setakat ini, cawangan Elewsmart di Bandar Baru Bangi telah mula beroperasi.


Sembilan lagi cawangan bakal dibuka secara berperingkat mulai esok (19 Julai) dan minggu-minggu seterusnya.


Luahan wartawan: Usaha yang sangat murni. Lagi-lagi dalam keadaan pandemik di mana ramai telah kehilangan sumber rezeki, usaha sebegini pasti dapat membantu mengurangkan kos sara hidup.


Semoga inisiatif ini diberkati dan tidak diambil kesempatan oleh mereka yang berkemampuan.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page