top of page
Writer's pictureChap Chai

Pembersih Lakar Bentuk Hati Dengan Daun Kering Kerana Rindu Anak Isteri


Pembersih Lakar Bentuk Hati

Foto seorang pembersih melakarkan bentuk hati menggunakan ranting dan daun kering mendapat perhatian warganet.


Dikenali sebagai Ramesh Gangarajam Gandi, lelaki berasal dari Telangana, India, ini bekerja sebagai kakitangan pengurusan di sebuah syarikat Dubai.


Seperti rutin harian biasanya, Gandi menyapu dedaunan kering sepanjang kaki lima di pusat bandar Dubai.


Namun, emosinya tiba-tiba bergejolak dengan perasaan rindu, sehingga mendorongnya untuk membentukkan bentuk hati dengan ranting dan daun kering yang dikumpulnya sewaktu menyapu.


“Saya baru sahaja menyelesaikan tugasan apabila saya terlihat seorang pekerja menghasilkan sesuatu dengan timbunan daun kering yang dikumpulnya. Saya pun ke balkoni agar dapat melihat dengan lebih jelas,” kata Nesma Farahat, penduduk setempat yang memetik gambar Gandi.


“Sewaktu saya memerhatikannya untuk beberapa minit, saya melihatnya menyempurnakan bentuk hati.”

Jelasnya, Gandi kemudiannya memandang hasilnya buat beberapa saat sebelum menyapu semula daun-daun tersebut, meletakkan dalam troli lalu berlalu pergi.


Kata Farahat kepada Khaleej Times, gambar tersebut, yang pada mulanya cuma dikongsi di akaun peribadi Instagramnya, mendapat beribu likes dan mesej-mesej menyentuh hati buat Gandi sebelum ia dikongsi semula di beberapa lagi laman Instagram.


RINDU ISTERI DAN KELUARGA


Ketika dihubungi Khaleej Times, Gandi, 30 tahun, mengongsi bahawa ketika foto berkenaan dipetik, dia sedang memikirkan ahli keluarganya.


“Saya tidak tahu pun ada yang sedang mengintip. Apabila saya ternampak gambar saya di Internet, saya amat terkejut.


“Pada hari berkenaan, saya sedang memikirkan apa yang sedang keluarga saya lakukan dan sama ada mereka sihat atau tidak. Namun pada kebanyakan masa, saya merindui isteri saya.


“Kurang sebulan mendirikan rumah tangga, saya terpaksa meninggalkan isteri bersama keluarga saya di India kerana saya mendapat tawaran pekerjaan di Dubai,” ujar Gandi, yang berkahwin pada Ogos 2019, sebelum berlayar ke Dubai sebulan kemudian.


Tambah Gandi, dia juga risau tentang ibu bapanya dan tidak sabar untuk berjumpa mereka, lebih-lebih lagi bapanya yang kini, ini dalam keadaan kritikal disebabkan penyakit tua.


DIBERI PENGHARGAAN


Setelah melihat gambarnya, Gandi dihubungi Kementerian Pembangunan Masyarakat Dubai dan diberikan pakej penghargaan bagi memberikan sokongan dan penghargaan.

Farahat juga berkata, dia telah menerima banyak mesej daripada penduduk setempat yang ingin memberikan habuan kepada Gandi.


Join Plan B’s Community Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page