Pembantu Rumah Dibebaskan Daripada Semua Tuduhan, Peguam Pro Bono Dapat Pujian
Pembebasan Parti Liyani baru-baru ini atas semua tuduhan pencurian daripada keluarga bekas majikan beliau menjadi topik hangat dibincangkan warganet.
Parti, seorang pembantu rumah warga Indonesia dituduh mencuri barangan bernilai $34 000 keluarga pengerusi Changi Airport Group (CAG), Liew Mun Leong apabila beliau mengancam untuk membuat aduan kepada MOM.
Ancaman tersebut dibuat kerana Parti disuruh membersihkan rumah dan pejabat anak lelaki Encik Liew buat beberapa kali.
Menurut hakim Chan Seng Onn, ada alasan untuk mempercayai bahawa keluarga Liew mengambil langkah pertama untuk membuat aduan polis setelah memberhentikannya secara mendadak agar kepulangan beliau ke negara Singapura akan dihalang.
Barangan yang disyaki dicuri Parti didapati “dirosakkan, pecah atau tidak bernilai” dan tidak masuk akal agar Parti betul berniat untuk mencuri dari bekas majikannya.
Parti diberkas pada 2 Disember 2016 di Lapangan Terbang Changi apabila beliau pulang ke Singapura untuk mencari kerja dan didakwa pada Ogos 2017.
Anil Balchandani, selaku peguam bela Parti, menolongnya secara “pro bono” dan diberikan pujian yang tinggi oleh hakim Chan kerana keprihatinan beliau terhadap butir-butir dalam kes tersebut.
“I would like to commend Mr Anil for the pro-bono services that he has rendered for this case: the trial itself took 22 days with extensive cross examination of the Prosecution witnesses; his trial submissions for both conviction and sentence totalled 279 pages (excluding authorities and other attachments); the appeal hearing stretched over 3 days; his submissions for the appeal totalled 221 pages (excluding authorities and other attachments); his written submissions were detailed and well-footnoted; his arguments were persuasive; he explored carefully every aspect of the Prosecution’s case and scrutinised the voluminous evidence in the transcripts in order to mount his client’s defence both at the trial and the appeal with clarity; he analysed the grounds of decision of the trial judge in great detail to submit on areas where the trial judge had erred in her findings; he handled all these matters singlehandedly and had shown much dedication in his pro-bono work for this case.”
Hakim Chan mengatakan bahawa ketelitian peguam Balchandani telah menolong untuk memberi klien beliau keadilan dalam kes ini.
Warganet memberi komen pedas terhadap pembohongan keluarga Liew di dalam mahkamah dan juga kepada hakim daerah pertama yang salah dakwa Parti 4 tahun dahulu.
Memang benar, boleh dijadikan filem berjudul “antara dua darjat: mana keadilan?”
This comment however kinda summarizes the clusterfuck the family is.
Luahan Wartawan: Kalau tak silap aku, the media painted a very one sided picture of this case years ago. Oh tak eh?
Mana belas kasihan korang back then?
Abeh Jo nak tolong tak Parti Liyani? Yelah, dia kena bersihkan extra places when it’s not in her contract kan. Tu bukan violation ke?
Mentang-mentang kau kaya, kau influential, kau ingat kau boleh tindas orang yang kurang berkemampuan? This behaviour of the elites disgust me.
The justice system should be fair and just to all, not be blindsided because an individual carries influence over the other.
Tapi keadilan tu milik Dia. Kau try la tindas macamana pun, kalau dah ditakdirkan dia menang, dia tetap akan menang in the end.
Soalannya sekarang, will the family be charged for perjury?