top of page
Writer's pictureLintah Darah

Pemandu ‘Thumbs Up’ Selepas Melanggar Motosikal, Penunggang Maut


Melanggar Motosikal Penunggang Maut

KL – Mohamed Zaili Mohamed, seorang penunggang FoodPanda yang berumur 44 tahun, tercampak dan maut apabila motosikal yang ditunggangnya telah dilanggar oleh sebuah kereta daripada belakang.

Video ini dimuatnaikkan pada 31 Mei (Ahad).


DIHERET SEJAUH 3KM


Pemandu kereta Grand Livina yang bernama Khor Yong Zhang, 21 tahun, tidak berhenti untuk memeriksa keadaan Zaili. Keadaan dikeruhkan dengan Khor membuat isyarat “thumbs up” kepadanya.


Sebelum itu, Zaili sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar makanan untuk dijual oleh isterinya.


Namun, Yong Zhang melepasi tempat kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar itu dan meneruskan perjalanannya sejauh 3KM.


Motosikal EX5 Zaili yang tersangkut di bumper keretanya, turut diseret sepanjang perjalanan itu.

turut diseret sepanjang perjalanan itu.

DISEKAT OLEH ORANG AWAM


Yong Zhang dikejar dan dipintas oleh kereta perakam tersebut.


Selepas itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya, menambah bahawa suspek tersebut telah di bawa ke Balai Polis Tun H S Lee.


Saringan ujian kandungan alkohol melalui pernafasan Yong Zhang, kembali positif dan dia disahkan telah mengambil minuman beralkohol.


Kesalahan itu termasuk di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 3 hingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 jika disabit kesalahan.


Namun, beliau tidak mengaku kesalahannya dan mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM4000 dengan seorang penjamin dan lesen memandunya juga telah ditarik sehingga kes itu diselesaikan.


Luahan wartawan: Eh sial uh… Kau masih nak thumbs up eh…


What the f man…


I hope you get what you deserve Khor Yong Zhang.

you are done

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page