Pemandu Teksi Pulangkan $1500 Yang Tertinggal Dalam Dompet Belakang Seat
Seorang pemandu teksi menjadi contoh yang baik apabila beliau mengembalikan kembali sebuah dompet berisi wang tunai sebanyak $1500 yang dijumpainya di dalam teksinya.
Menurut laman Facebook ComfortDelGro Taxi, pemandu teksi tersebut, Tan Kwan Hwee, sedang membersihkan teksinya seperti biasa setelah habis shif pada pukul 11 malam apabila beliau terjumpa dompet itu di dalam teksinya.
Sumber: Facebook, ComfortDelGro Taxi
Menurut beliau, ini adalah kali pertama ada penunggang teksinya tercicir dompet kerana biasanya mereka tertinggal handphone. Tan juga terperanjat apabila bila mendapati dompet itu dipenuhi wang tunai sebanyak $1500.
Sumber: Facebook, ComfortDelGro Taxi
Walaupun dompet itu tidak mengandungi apa-apa kad pengenalan untuk mengenal pasti pemiliknya, Tan tidak sekali pun terfikir untuk mengambil duit itu. Beliau berpegang teguh kepada prinsipnya bahawa barangan itu bukan miliknya dan harus dipulangkan.
Beliau pun memberikan dompet itu kepada jabatan ‘Lost and Found’ di ComfortDelGro di mana mereka dapat mengenalpasti pemilik dompet itu dan memulangkannya.
Ruangan komen laman Facebook ComfortDelGro Taxi yang menukil peristiwa ini dihujani komen para netizen yang memuji sifat kejujuran Tan Kwan Hwee.
Sumber: Facebook – ComfortDelGro Taxi
Sifat kejujuran yang ditunjuk oleh Tan Kwan Hwee harus menjadi contoh untuk orang ramai. Pegangan kuat beliau kepada prinsipnya untuk tidak mengambil apa-apa barang yang bukan dimilikinya juga adalah satu sifat yang amat terpuji.
Luahan Wartawan: Salute abes kat uncle taxi ni. Kalau orang lain agaknya tengok $1500 cash depan mata da terus lesap da. Takde any identification cards in the wallet even. And yet this uncle does the right thing. Salute to you uncle!
Podcast Plan B minggu ini!
Comments