top of page
Writer's pictureLintah Darah

Pemandu Taxi Dipenjarakan 4 Bulan Kerana Kongsi Maklumat Wadsapp Tidak Sahih


Pemandu Taxi Dipenjarakan 4 Bulan

Seorang pemandu teksi bernama Kenneth Lai Yong Hui, 40 tahun, telah pun dipenjarakan selama 4 bulan oleh kerana membuat posting di pautan Facebooknya.


MESEJ TANPA BUKTI


Kenneth menerima satu mesej daripada kumpulan sembangnya di Whatsapp antara 15 April (Rabu) dan 16 April (Khamis).


Tanpa mengesahkan sumber mesej itu dan identiti penghantarnya, pemandu teksi itu memuatnaikkan sebuah status di Facebook dan berkongsi postingnya itu di kumpulan Facebook, Taxiuncle.


Facebook posting tersebut mengandungi khabar angin berkenaan dengan tindakan yang akan diambil oleh pemerintah.


Antara kandungan dalam posting yang tidak sahih tersebut, ia menyatakan tentang penutupan tempat makan dan kedai kopi, pasaraya bakal dibuka selama dua hari dalam seminggu, desakan untuk membeli barangan dapur sebelum kehabisan dan dakwaan maklumat ini bakal dimuktamadkan oleh pegawai pemerintah.

ditangkap oleh penumpang

DITANGKAP OLEH PENUMPANG


Akibat daripada posting beliau, seorang individu yang hanya dikenali sebagai James telah membuat laporan pada 20 April (Isnin) kepada pihak polis walaupun ianya dipadamkan 15 minit selepas ia dikongsi.


James mengenal pasti bahawa post itu adalah milik Kenneth, seorang pemandu teksi yang pernah memberikan beliau khidmat penghantaran.


AKIBATNYA


Timbalan Pendakwa Raya, Deborah Lee memberikan ulasannya di mahkamah.


“Posting Lai melemahkan usaha pemerintah untuk meyakinkan orang awam tentang kecukupan bekalan makanan dan menimbulkan risiko ‘panic-buying’. Khabar angin itu boleh menyebabkan pembelian yang keterlaluan dan penyimpanan stok makanan berlebihan yang tidak diingini oleh pembeli.”


Hakim Daerah, Seah Chi-Ling memandang serius dalam hal ini terutama sekali dalam keadaan krisis kesihatan yang sedang berlaku.


Menurutnya, hukuman ini dijatuhkan untuk mencegah lebih banyak penyebaran maklumat yang tidak sahih daripada disebarkan kepada orang awam.


Lantaran itu, beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan untuk menjatuhkan hukuman selama 4 bulan.

It is what it is

Luahan wartawan: Someone wise once said “B for Boomer!”. But damn, kene makan dengan passenger sendiri eh…

Someone wise once said “B for Boomer

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comentarios


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page