top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Pemandu Grab Menangis

Pemandu Grab Menangis
Wabak COVID-19

Sumber: Earth Time


Wabak COVID-19 rata-rata telah menjejas gaya hidup dan mata pencarian rakyat setempat, lebih-lebih lagi para pemandu teksi dan kereta privet.


Meskipun pemerintah telah memperuntukkan $1,000 bagi setiap pemandu selama sembilan bulan, ia ternyata tidak mencukupi.


Kenyataan ini ditegaskan lagi setelah pengalaman sayu pengguna Facebook, Adrian Kuah,  ketika menggunakan khidmat Grab, mendapat lebih daripada 4.2 ribu kongisan dalam masa sehari.


PENGALAMAN ADRIAN KUAH

Pengalaman Adrian Kuah

Gambar hiasan. Sumber: Vulcan


“Semalam, saya menempah Grab selepas habis meeting. Pemandu saya kelihatan tua sedikit. Rambutnya putih. Dia memakai pelitup muka dan kaca mata hitam.


“Selamat petang, tuan! Tuan sihat? Aircon OK?” tanya pemandu tersebut. Namun, saya mendapati suaranya terketar-ketar.


Tidak lama kemudian, pemandu tersebut menangis lalu berkata:


“Awak penumpang saya yang kedua hari ini…Baru yang kedua.”


Pemandu tersebut turut menambah bahawa dia khuatir jika tidak mampu melangsaikan bil dan bayaran rumah.


Mentelah lagi, membiayai kos membesarkan seorang anak autistik.


REAKSI WARGANET


Susulan perkongsian itu, warganet turut mengongsi pengalaman mereka berhadapan dengan para pemandu privet dan teksi yang kian runsing disebabkan kekurangan penumpang.

Koshae Tan
Lim Teck Heng
Izah Lahh
Xavier Chew
Ong Chin Hwee

MUHASABAH DIRI

Muhasabah Diri

Sumber: Buro Singapore


Di akhir pos tersebut, Adrian berkata dia memberi upah kepada pemandu tersebut yang sebelum itu, menolak pelawaannya untuk makan tengah hari bersama-sama.


Dalam pada itu, dia turut menggesa orang untuk menghulurkan sumbangan kepada golongan yang dalam kepayahan:


“Kepada kita yang (belum) terkesan dek ketidakstabilan ini, bantulah mereka yang memerlukan.” —  Adrian Kuah, 2020

Adrian Kuah
Di akhir pos tersebut, Adrian berkata dia memberi upah kepada pemandu tersebut yang sebelum itu, menolak pelawaannya untuk makan tengah hari bersama-sama.

Pos asal


Luahan wartawan: Times are tough. Jarang nampak orang lelaki nangis..He must be going through a really rough situation kan… Rasanya semua orang sedikit sebanyak terjejas disebabkan wabak ini. Even dengan pertolongan pemerintah, it is still not enough for some people — lagi-lagi mereka yang ada banyak tanggungan.


Apa yang boleh disarankan adalah untuk ambil kerja sampingan, especially for those yang freelance or are self-employed. Ada beberapa Telegram groups yang offer temporary, contract and part-time jobs. Contohnya: Temp & Contract Jobs in Spore dan Many Temp Jobs in SG. Bolehlah cuba.


Dan betul jugak kata Adrian. Kalau kita ada lebih, kongsi dengan mereka yang terdesak. $2 tip pun jadi. Kalau 10 orang kasi $2, dah $20. Bolehlah dia beli pampers anak ke apa…


Kita perlukan positive vibes now!

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page