top of page
Writer's pictureLintah Darah

Pemain Yokohama FC, K. Miura, 53 Tahun, Adalah Pemain Bolasepak Tertua Di Dunia


Pemain Bolasepak Tertua Di Dunia

Kazuyoshi Miura, seorang pemain bola sepak berusia 53 tahun menjadi pemain tertua dalam sejarah Liga Jepun, mengalahkan Masashi Nakayama yang bersara pada usia 45 tahun kerana kecederaan pada kedua-dua lututnya.


Kini dalam musim ke 35 setelah menandatangani kontrak buat setahun pada Januari ini bersama Yokohama FC, Miura menjadi pemegang rekod bagi pemain paling veteran dalam Liga Jepun.

legend

Dikenali sebagai King Kazu, beliau memulakan kariernya sebagai pemain profesional di kelab Juventus pada usia 15 tahun. Miura kemudian bermain untuk beberapa kelab di Brazil termasuk Santos, Palmeiras dan Coritiba.

King Kazu
Miura kemudian bermain untuk beberapa kelab di Brazil termasuk Santos, Palmeiras dan Coritiba

Miura menjuarai liga Jepun selama 4 tahun berturut-turut semasa bermain untuk Yomiuri/Kawasaki. Beliau kemudian menjadi pemain Jepun pertama yang bermain untuk Serie A(Itali) bersama kelab Genoa pada tahun 94-95.

Miura

Miura digelar legenda kerana beliau satu-satunya pemain Fifa zaman 96 yang masih lagi bermain bola secara profesional hingga ke hari ini. Beliau membuktikan bahawa umur tidak menjadi halangan jika semangat untuk bermain masih lagi membara di dalam diri.

Beliau membuktikan bahawa umur tidak menjadi halangan jika semangat untuk bermain masih lagi membara di dalam diri.

Luahan Wartawan: Wow. While most players dah retire at 40 plus, dekni masih main seh. I mean look at Giggs, Rivaldo to name a few.

Wow. While most players dah retire at 40 plus, dekni masih main seh. I mean look at Giggs, Rivaldo to name a few

Eric Cantona, Zidane, Van Nistelrooy  semua retired early and they were players that should have played for longer.

Eric Cantona, Zidane, Van Nistelrooy  semua retired early and they were players that should have played for longer.

Truly, age is just a number. You are never too old to dream. I wonder what is his diet like. Aku pun nak aktif macam Miura in my old age.


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page