Pelayan Didakwa Kurang Ajar Dengan Ibu Pelanggan, Membuat Pengunjung Ini Viralkan Layanan Tempat Mak
Sejak semalam (10 Januari), wadah Facebook dibanjiri dengan perkongsian seorang jejaka yang tidak berpuas hati dengan layanan pekerja sebuah tempat makan popular yang telah memperlekehkan ibunya.
Melanggani sebuah gerai menjual lauk-pauk di Bukit Gombak, pengguna Zakee Zulkifli berkata ibunya menerima layanan “nak tak nak” dan dibahasakan dengan kata ganti nama diri “lu”.
Misalnya, pelayan tersebut berkata:
“Belah lah lu” dan “leceh ah lu” sewaktu ibu Zakee menambah pesanan.
Di samping itu, pelayan berkenaan turut didakwa mencampak nasi lemak yang dikirim dan tidak memberitahu ibu Zakee bahawa mereka sudah kehabisan lontong.
Ketika ditanya, pelayan terbabit dengan selamanya menjawab:
“Lontong dah habis. Nak saya kasi kuah jer.”
Kalau setakat kuah lontong jer, semut makan pun tak kenyang. Sumber: Google
IBU MENGADU NASIB
Bengang barangkali, ibu Zakee memetik gambar pelayan tersebut dan mengirimkannya kepada Zakee, yang tidak lama kemudian, tiba di gerai tersebut dengan adiknya untuk berhadapan dengan pelayan berkenaan.
Aku imagine Zakee dengan adik dia datang ni macam.
Walau bagaimanapun sewaktu dikonfrontasi, Zakee berkata pelayan berkenaan menyangkal perbuatannya dan tiba-tiba berubah menjadi “ahli syurga”.
Tambah Zakee, seorang pak cik yang beratur di belakangnya turut mengadu bahawa dia juga tidak dilayani dengan baik.
REAKSI WARGANET
Geram membaca pos Zakee, warganet menghentam tingkah laku pelayan tersebut — sampaikan ada yang hendak membalas dendam.
Beberapa pembaca turut mengongsi pengalaman pahit mereka membeli makanan dari gerai berkenaan.
Dan setakat hari ini (11 pagi), pos Zakee telah menjana lebih 4 ribu kongsian dan masih giat menerima respons daripada warganet.
AMARAN ZAKEE
Enggan perkara sedemikian terjadi sekali lagi — sama ada kepada ibunya mahupun orang lain, Zakee mengeluarkan amaran keras kepada pelayan tersebut.
“Aku ada lagi kesabaran. Ini setakat warning jer. Kau nak cari makan, buat kerja dengan ikhlas. (sic) Kalau kena anaknya yang wirenya dah lari, larilah kau kuat-kuat,” katanya.
Jangan kasi wire Zakee trip.
Tambahan pada itu, dia juga berharap agar pelayan berkenaan muhasabah dan menasihati para pengikutnya untuk “berhati-hati” ketika melanggani gerai tersebut.
Luahan wartawan: Kalau nak sangka baik, maybe server tu tengah PMS lah. Lelaki pun kadang-kadang ada moodswing yknow. Sebab aku pernah pergi sana and everything was alright. Tapi itulah macam ramai pulak yang kata dorang ada bad experience…Mungkin dia banyak PMS.
Tapi walau apapun masalah dia, he (and servers yang lain) tak patut lash out kat customers. Customer datang nak support, kau buat perangai sampai mendatangkan kebencian. Take a chill pill. Kerja kena professional lah ye.
Podcast Plan B minggu ini!
Comentários