top of page
Writer's pictureChap Chai

Pelanggan Mengadu Nasib, Barang Dihempas, Kemik Setelah Gunakan Khidmat J&T Express


Pelanggan Mengadu Nasib

Seorang pelanggan mengadu nasibnya di Facebook setelah kiriman yang dipesannya melalui sebuah wadah dalam talian diterima dalam keadaan rosak.


Pagi tadi (27 Mei), pelanggan Qamarul Asyraf menceritakan bahawa kotak parcel yang diterimanya koyak, dan kandungannya, dua kotak susu Nan4, kemik.

kotak parcel yang diterimanya koyak

PARCEL DIHUMBAN DI LUAR RUMAH


Menurut Qamarul, kirimannya dihantar oleh seorang pekerja wanita syarikat J&T Express semalam (26 Mei) pada kira-kira 11:23 malam.


Berdasarkan rakaman menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di luar rumahnya, wanita berkenaan dilihat menghumban parcel tersebut ke lantai.

menghumban parcel tersebut ke lantai

Wanita tersebut kemudiannya menekan loceng dan mengambil gambar unit rumah Qamarul sebelum berlalu pergi.

Wanita tersebut kemudiannya menekan loceng dan mengambil gambar unit rumah Qamarul sebelum berlalu pergi

Sumber: Facebook, Qamarul Asyraf

Tambah Qamarul, dia tidak hairan jika pengendalian wanita itu dalam kenderaannya juga ganas kerana jika dilihat dengan teliti, parcel tersebut sudah sedikit kemik sebelum ia tiba di luar rumah.


REAKSI WARGANET


Sejak pengalamannya dikongsi di laman Complaint Singapore 8 jam lalu, ia telah menjana lebih daripada 4.4 ribu kongsian dan beratus komen.


Ramai yang tampil untuk turut mengongsi pengalaman buruk mereka menggunakan khidmat J&T Express.

Complaint Singapore
pengalaman buruk mereka menggunakan khidmat J&T Express
J&T Express

Ada juga yang menyifatkan wanita ini sebagai “pemalas” dan “tidak ikhlas” dalam menjalankan tanggungjawabnya. Pada pendapat kumpulan warganet ini, wanita terbabit patut dibuang kerja.

 “pemalas” dan “tidak ikhlas”
wanita terbabit patut dibuang kerja

J&T EXPRESS AKAN AMBIL TINDAKAN

J&T EXPRESS

Susulan kejadian ini, J&T Express berkata bahawa pihak mereka “sedang aktif menjalankan siasatan” dan “akan mengambil tindakan sewajarnya”.


Tambah mereka, “tingkah laku sedemikian rupa tidak dapat diterima malah bertentangan dengan nilai perkhidmatan J&T Express”.


Luahan Wartawan: Ape lah service macam gini, aniaya barang orang. Orang penat-penat cari duit nak beli barang, kau sedap jer main humban macam tu. Eh orang bayar service kau tau.


Kalau kau tak suka kerja kau, kau tak happy, kau quit and find another job. Ini amanah kau sebagai penghantar barang what. You have to suck it up and do it well.


Aku believe she will be reprimanded lah. Tapi aku notice company ni ada banyak slip ups. Kalau korang ingat, earlier this year pekerja dorang kat Malaysia mogok, buang barang customer ape bagai. The upper management kene do something about themselves also and set higher standards. Kalau benda macam ni prolong, lama-lama orang pun tak ingin nak pakai service dorang.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page