Pelanggan Berlumba Untuk Bubble Tea Sebelum Tutup Sebulan
Kedai gunting rambut dan gerai bubble tea di serata Singapura diserbu penduduk setempat setelah Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan penutupan gerai-gerai tidak begitu penting seperti berikut mulai hari ini, 22 April hingga 1 Jun.
Sumber: Chee Hong Chan
Situasi di Gong Cha.
Sumber: Sebastian Ian
Situasi di Xing Fu Tang.
Sumber: All Singapore Stuff
Lengan pembuat air di Liho dipenuhi dengan pesanan.
Sumber: Andrew Lim
Waterway Point sesak dengan penduduk yang hendak membeli pencuci mulut.
Kesesakan di Waterway Point bahkan telah mencetuskan pergaduhan antara pekerja di kedai bubble tea Playmade dan seorang penghantar makanan GrabFood.
Sumber: The Local Society
Penghantar makanan tersebut didapati mencabar tukang buat air Playmade untuk ‘keluar’. Punca pergaduhan kurang jelas.
Persoalannya, kenapa semua kiasu sangat? Tak ke korang tahu bahawa ianya tidak mustahil untuk membuat bubble tea sendiri? Meh sini aku ajar.
RESEPI MILK TEA WITH PEARLS
Bahan-bahan untuk pearls:
Sumber: Cookpad
250ml air
200g gula melaka
300g tepung ubi
Bahan-bahan untuk milk tea:
Teh uncang
250ml air mendidih
Susu
Cara-cara:
Adukkan air dan gula melaka atas api sehingga gula melaka larut
Masukkan tepung ubi
Gaul sehingga menjadi adunan
Bentukkan adunan seperti ‘pearls’
Taburkan ‘pearls’ dalam tepung ubi
Rebus ‘pearls’
Letakkan ‘pearls’ dalam air sejuk
Buat teh susu
Tuang ‘pearls’ dan teh susu dalam cawan
Minum
Sumber: Eater
Kalau malas buat ‘pearls’, belilah dari kedai dalam talian atau kedai runcit berdekatan.
Dan untuk para jejaka, tak perlu risau tentang rambut. Biarkan panjang.
Sumber: The Trend Spotter
Takdelah buruk mana kalau rambut panjang. Kena ada keyakinan diri!
Comentários