Pelakon Veteran Zul Yahya Keluarkan Anak Daripada Sekolah, Utamakan Ilmu Akhirat
Zul Yahya mengambil keputusan untuk mengeluarkan 6 orang anak beliau daripada sekolah sekular kerana menitik-beratkan ilmu akhirat lebih daripada ilmu lain.
Sumber: Instagram
Zul, seorang bekas pelakon popular dahulu, memuat-naikkan posting tersebut di Instagram dan Facebook. Beliau mengatakan bahawa tindakan tersebut adalah paling tepat buat masa kini.
“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami daripada sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka, tetapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak. Insya-Allah ilmu akhirat itu lebih penting daripada segala-gala ilmu,”
Rata-rata warganet di ruang komen posting tersebut sama sekali tidak menyetujui dengan keputusan Zul.
Ada juga di kalangan warganet yang menyetujui dengan keputusan Zul.
Menurut laporan Kosmo!, Zul mengatakan masyarakat pada hari ini lebih mengejar duniawi berbanding dengan ilmu agama yang dituntut oleh Nabi Muhammad SAW.
“Berapa ramai yang boleh ikut sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari ini? Ramai orang tinggalkan al-Quran dan sunnah Rasulullah yang boleh membawa kejayaan kepada mereka,” katanya
Ujar Zul lagi, masyarakat kini seolah-olah merasakan Al Quran dan sunnah sebagai ikutan kuno.
“Jadi ramai yang memilih cara kehidupan seperti hari ini dengan tidak mengamalkan sunnah Nabi dengan melebihkan kehidupan duniawi,” ujarnya
Zul Yahya telah mendirikan rumahtangga bersama isterinya Siti Raihan sejak 2007. Mereka telah dikurniakan 6 cahaya mata, 3 perempuan dan 3 lelaki berusia antara 1 hingga 9 tahun.
Luahan Wartawan: Benar, ilmu ukhrawi itu penting tetapi setiap ilmu yang ada di dunia ini ada kepentingannya tersendiri.
Ilmu yang dipelajari di dunia boleh menjadi bekal buat akhirat kelak. It is about balance. Boleh saja didik anak-anak dengan ilmu ukhrawi bersama ilmu duniawi, tak ada masalah.
Dalam bab ugama ini, jangan extreme sangat. The best of Muslims are those who walk on the middle path.
Renung-renungkan.
Podcast Plan B minggu ini!
Comentários