Pelajar 16 Tahun Rancang Bunuh Jemaah 2 Masjid, Dapat Ilham Daripada Insiden Christchurch
Seorang belia lelaki warganegara Singapura berusia 16 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang untuk melakukan serangan pengganas ke atas jemaah Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak di Singapura. Beliau memilih kedua masjid itu kerana ia yang paling berhampiran dengan rumahnya.
Sumber: Google Images
Remaja itu, penganut agama Kristian Protestan dan berbangsa India, ditahan dalam bulan Disember 2020. Beliau merupakan tahanan termuda ISA yang pertama dipengaruhi ideologi pelampau sayap kanan.
Menurut siasatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) , beliau dipercayai sudah membuat persiapan untuk melakukan serangan tersebut pada 15hb Mac bersamaan ulang tahun serangan pengganas di masjid di Christchurch, New Zealand pada tahun 2019.
Sumber: Google Images
Remaja itu diperanguhi oleh Brenton Tarrant, pengganas yang bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas dua masjid di Christchurch tersebut.
Sumber: Google Images
Selain daripada sering menonton video yang disiar secara langsung ke media sosial oleh Tarrant semasa dia melakukan serangan tersebut dan juga membaca manifesto yang ditulis Tarrant, remaja itu juga sering menonton video propaganda ISIS.
Sumber: Google Images
Oleh itu, beliau membuat kesimpulan yang salah bahawa ISIS mewakili agama Islam dan Islam menyuruh penganutnya supaya membunuh orang bukan Islam.
Sumber: The Straits Times
Sebagai persiapannya untuk melakukan serangan tersebut, remaja itu membeli jaket ves taktikal secara online dan merancang untuk menampal lambing pelampau sayap kanan.
Beliau juga merancang untuk meletakkan alat rakaman untuk menyiarkan serangan yang akan dilakukan secara langsung. Ini sama seperti yang dilakukan oleh Tarrant.
Remaja itu pada mulanya merancang untuk menggunakan senapang ataupun senjata api untuk melakukan serangannya namun bertukar fikiran apabila menyedari sukar untuk mendapatkannya disebabkan undang-undang senjata api yang ketat di Singapura.
Beliau kemudian merancang untuk membuat bom jenis Triacetone Triperoxide (TATP) dan meniru cara Tarrant membakar masjid-masjid di Christchurch menggunakan gas. Namun begitu beliau lupakan idea tersebut atas sebab logistik dan bimbang atas keselamatan dirinya.
Remaja itu akhirnya memilih parang machete sebagai pilihan senjatanya. Beliau menonton beberapa video di YouTube untuk belajar bagaimana untuk mengelar tepat pada bahagian leher dan dada mangsanya.
Sumber: The Straits Times
Beliau sudah pun menemui parang yang hendak dibelinya di lelaman Carousell. Namun begitu tidak sempat membuat pembelian kerana beliau diberkas
Sekali lagi meniru Tarrant, remaja tersebut menyiapkan dua dokumen yang mewartakan rancangan beliau untuk melancarkan serangan. Dokumen pertama adalah mesej yang menggesakan orang Perancis untuk perjuangkan kebenaran setelah sebuah gereja di Nice, Perancis diserang pengganas pada 29hb Oktober 2020.
Dokumen kedua pula adalah manifesto yang belum selesai ditulisnya yang menonjolkan perasaan bencinya terhadap Islam dan beliau percaya bahawa “keganasan tidak sepatutnya dihuraikan menerusi keamanan”.
Beliau juga menyifatkan Tarrant sebagai seorang idola dan serangan di Christchurch itu sebagai wajar.
Menurut siasatan ISD, remaja itu didapati bertindak secara bersendirian dan tiada tanda menunjukkan beliau cuba mempengaruhi orang lain mengenai fahaman pelampau yang dipegangnya.
Luahan Wartawan: This is scary news and goes to show that terrorism transcends race and religion. The thing is, banyak soalan can be asked on this. Budak ni 16 tahun kira Sec 4 kan? Dia takde members Muslim kat sekolah ke? Tapi boleh nampak jugak fikiran dia yang tak beberapa matang pasal can even consider to use firearms. In Singapore? Mana nak dapat?
And also ni abit funny but, dia ingat dengan parang tu dia nak serang dua masjid? Biar betul. Dia ingat orang gi masjid ni semua orang-orang tua lembik ke? Agaknya belum sempat keluarkan parang tu da kena sebiji dengan abang-abang sado kita yang selalu gi masjid.
Podcast Plan B minggu ini!
Comentários