top of page
Writer's pictureChap Chai

Pekerja KFC Diludah Oleh Pelanggan Sial


Pekerja KFC Diludah Oleh Pelanggan

“Takde orang takut! Jangan buat orang tunggu tu macam!” herdik seorang wanita kepada petugas KFC sambil mengacu-acukan jarinya kepada pekerja berkenaan.

Takde orang takut! Jangan buat orang tunggu tu macam

Feisty


“Tunggu kau mati! Tunggu satu keluarga kau mati! Pui pui!” jerit wanita berkenaan lagi lalu meludah pekerja KFC dari cawangan Nex itu.


Namun, demi menjaga profesionalisme di tempat kerja, pekerja tersebut setakat merenjis air liur yang tempias ke lengannya sambil berkata “ewww!”.

Pekerja KFC cuba mengelak daripada diludah

Pekerja KFC cuba mengelak daripada diludah.


Video tersebut berakhir setelah wanita berikut berjalan keluar dari KFC bersama seorang lagi wanita berumur.

Terasa jijik

Terasa jijik!


Tukang rakam juga didengari berkata “eeyer” tatkala menyaksikan adegan meludah itu.


Sejak video tiada konteks ini dimuat naik kelmarin (22 April) oleh Mazz Azizi di Facebook, ia telah mendapat lebih daripada 21 ribu kongsian dan 353 ribu tontonan.


Dan sudah tentu, video tersebut membuat warganet panas hati.

warganet panas hati

video tersebut membuat warganet panas hati.

Jojo Lin

Con Asciak

Menurut Stomp, KFC telah mengeluarkan kenyataan tentang kes tersebut.


“KFC ingin mengesyorkan para pelanggan bahawa cawangan berkenaan telah dibersihkan serta merta.


“Di KFC, kami memandang serius keselamatan kakitangan dan pelanggan kami. Kami ingin mengingatkan semua pelanggan untuk menjaga jarak sosial dan memakai pelitup, seperti yang dikerah oleh pemerintah, “ kata jurucakap KFC kepada Stomp.


KFC juga telah membuat laporan polis. Siasatan sedang dijalankan.


Lihat video penuh:

Luahan wartawan: Pengotor! Tak senang aku tengok. Kalau aku pekerja KFC tu aku dah tampar perempuan tu. Geram.


Tapi aku rasa mungkin perempuan tu mentally challenged. Sebab dia keluar dengan what looks like mak dia dan cara dia berbual pun tak complete. Tak ada link gitu. Kalau dia mentally challenged then takpelah boleh dimaafkan. Tapi kalau dia actually normal…


Anyway, kuddos kepada pekerja tersebut kerana boleh keep cool. Boleh nampak di actually bingit tapi dia sabar. Jadikanlah dia sebagai role model sebab lately, makin banyak pulak kes delivery guys and F&B workers gaduh dengan each other atau kena haruk dengan customer. Harap tenang ye semua. Anggaplah perkara mencabar ni semua sebagai work hazard.



Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page