Pekerja Asing Warga Bangladesh Menjadi Wira, Selamatkan Budak Hampir Jatuh Dari Tingkat Tiga
Pekerja warga asing di Singapura ini selalunya dikenali sebagai ‘unsung hero.’ Namun begitu, seorang pekerja warganegara Bangladeshi betul-betul menjadi seorang wira setelah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang berdiri di belebas tingkap sebuah flat di tingkat 3.
Sumber – Facebook, All Singapore Stuff
Peristiwa yang terjadi di Blok 243 Hougang Street 22 itu telah dirakamkan oleh seorang netizen dan dimuatnaikkan ke lelaman Facebook All Singapore Stuff dan telah meraihkan lebih dari 1800 likes, 290 komen dan 600 shares.
Dalam rakaman tersebut, seorang kanak-kanak dilihat berdiri di bahagian belebas di luar tingkap sambil berpaut pada buluh penyidai pakaian.
Sumber – Facebook, Kuasha Das
Ketika itu, pekerja warganegara Bangladeshi tersebut sedang menghampiri kanak-kanak itu dengan menaiki kren pengangkut.
Setelah itu, pekerja tersebut pun mengangkat kanak-kanak itu dan meletakkannya dalam kren pengangkut yang dinaikinya sambil disambut dengan tepukan dan sorakan orang ramai yang sedang melihat.
Sumber: Facebook, Kuasha Das
Warganet telah dapat mengenal pasti identiti pekerja Bangladeshi itu setelah beliau memuatnaik sebuah posting di lelaman Facebooknya, Kuasha Das.
Sumber: Facebook, Kuasha Das
Posting beliau berkapsyen, “Saya berjaya selamatkan satu kanak-kanak semasa berkerja di Singapura. Akhirnya, saya dapat membuat perkara yang baik dalam hidup. Saya doa kepada tuhan semoga saya dapat buat kerja dengan baik.”
Ia juga disertakan dengan beberapa gambar beliau sedang beraksi menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan telah meraih lebih daripada 4000 likes, 400 komen dan 3000 shares.
Ruang komen posting beliau itu dihujani komen yang memujinya atas keberaniannya.
Sumber: Facebook, Kuasha Das
Mujur, pekerja dan kren pengangkutnya itu sedang berada berdekatan dengan tempat kejadian dan dapat menyelamatkan kanak-kanak itu. Semoga beliau mendapat ganjaran yang setimpal atas keberaniannya itu.
Luahan Wartawan: Not all heroes wear capes. Some wear safety helmet. Budak tu nasib baik the Bangladeshi is around the area with his cherry picker. Kalau tak, terpaksa tunggu SCDF datang to save him. Kudos goes to the brave Bangladeshi kerana menyelamatkan budak tu but terfikir juga la kan, how he got there in the first place and where’s his parents?
Podcast Plan B minggu ini!
Comments