Peguam Daerah Lupa Tukar Gambar Kucing Semasa Prosiding Mahkamah, Hakim Terkejut
Hakim Roy Ferguson tidak menyangka akan dikejuti dengan kehadiran seekor anak kucing berserta dua peguam ketika prosiding melalui Zoom pada hari Selasa.
“Anak kucing” comel tersebut sebenarnya adalah peguam daerah, Rod Ponton yang memasang filter kucing Zoom dengan tidak sengaja.
“Tuan Ponton, saya percaya anda telah menghidupkan filter dalam tetapan video,” kata hakim.
Ponton mengatakan pembantunya sedang berusaha memperbaiki tetapan Zoom berkenaan.
“Saya ada di sini secara langsung, saya bukan kucing,” katanya.
Ponton, 69 tahun memberitahu Reuters bahawa dia tidak pasti bagaimana filter itu muncul.
“Saya menggunakan komputer setiausaha saya untuk hadir mesyuaratmelalui Zoom. Ketika perbicaraan dimulakan hakim meminta semua orang untuk menghidupkan kamera wajah mereka melalui Zoom.”
“Semua orang memperlihatkan wajah mereka namun begitu skrin saya adalah kucing.” katanya.
Video yang dimuat naikkan Roy tular di media sosial.
IMPORTANT ZOOM TIP: If a child used your computer, before you join a virtual hearing check the Zoom Video Options to be sure filters are off. This kitten just made a formal announcement on a case in the 394th (sound on). #lawtwitter #OhNo @zoom_ushttps://t.co/I0zaj0wu6K — Judge Roy Ferguson (@JudgeFergusonTX) February 9, 2021
Roy meletakkan tweet: “Petua penting Zoom: Sekiranya anak anda menggunakan komputer, periksa dahulu apakan latar belakang ataupun filter telah dimatikan.”
Beberapa warganet memberikan reaksi melalui tweet mereka di Twitter antaranya,
Kalau kucing tu bijak ala ala Meowth dalam Pokemon, mungkin.
Tulah padahnya kalau komputer dikongsi bersama anak-anak yang nakal. ??
Boleh tak panik bila nampak muka sendiri jadi anak kucing. ??
Aaah dah start dah orang dapat modal.
Hakim Ferguson menyebutnya sebagai ‘saat yang lucu’.
“Semua orang yang terlibat menanganinya dengan penuh hormat dan peguam yang terlibat menunjukkan sikap yang positif,” katanya.
Luahan Wartawan: Fucking hilarious! Kesian pun ada tengok lawyer tu menggigil bila explain dekat judge.
But it’s all in good fun.
Yang mana share laptop dengan anak-anak tu, jaga-jaga ye. Mana tau dorang download pelbagai filter, korang masuk meeting, pakai filter anak kambing ke potato ke.
Jadi bahan buat seminggu nanti.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments