Pecah Tembelang, Satu Kondo Syak Lelaki Ini Pergi KTV
Kes penceraian di Singapura berkemungkinan akan meningkat setelah Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan kelompok KTV awal minggu ini.
Sebabnya, tembelang beberapa suami orang telah didedahkan oleh MOH secara tidak sengaja.
Antara mereka ialah jejaka ini, yang diiringi tiga pegawai kesihatan di The Criterion, sebuah kondominium di Yishun Street 51.
Alleged KTV customer dengan pengapit-pengapitnya. Sumber: Whatsapp
Menurut pos-pos di media sosial, lelaki ini dikatakan telah melawat salah satu KTV yang disenaraikan dalam kelompok tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat juga komen yang mengatakan lelaki terbabit mungkin hanya merupakan pelanggan atau pekerja gerai sate di Blok 75 Lorong Toa Payoh Hawker Centre.
Sumber
Terkini, pusat makanan di Toa Payoh itu turut dikaitkan dengan kelompok KTV.
MESEJ MOH MEMBAWA MAUT
Seorang suami pula nampaknya terjerat dalam dilema setelah menerima mesej daripada MOH untuk menjalani kuarintin.
Di-busted MOH. Sumber
Difahamkan, jejaka ini memberitahu isterinya bahawa dia bertugas overtime pada 7 Julai.
Walhal, dia sebenarnya melanggani Supreme KTV, sebuah pusat karaoke jahat yang memberikan khidmat R&B, di Far East Shopping Centre untuk berjoli.
Kesahihan petikan-petikan skrin di atas tidak dapat dipastikan.
Luahan wartawan: Apakah agaknya nasib para suami dan matair di Singapura yang telah ke KTV? Adakah hubungan mereka akan berkekalan? Adakah mereka akan disula? We will never know.
Apa-apa pun kalau kau dah pergi tu KTV, please get tested and isolate yourself. Danak Raya Haji ni. Aku nak collect duit raya. This is my last year boleh collect duit. Please ah please help a girl out.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments