Pecah Tembelang, Gambar Sebelum Dan Sesudah Sentuhan Aplikasi Tular
China – Coeyyy, seorang influencer Cina, telah tular dan dikecam selepas seorang pengguna Facebook daripada Taiwan yang dikenali sebagai Ex.Treme, telah memuatnaikkan pos yang menunjukkan gambarnya sebelum dan selepas diubah.
TIDAK MENGGANGU SESIAPA
Sumber: Weibo
Gambar-gambar Coeyyy mula tular di sosial media Cina seperti Weibo dan RED.
Sumber: Weibo
Namun, selepas dikongsi oleh Ex.Treme pada bulan Mei, ia mula tular di seluruh Asia dan negara-negara seperti Vietnam, Thailand, Malaysia dan Singapura.
Sumber: Weibo
Beliau berkata bahawa gambar-gambar yang menunjukkan dirinya yang sebenar itu telah diambil tanpa izinnya dan dia tidak tahu identiti jurugambar tersebut.
Coeyyy menambah bahawa dia adalah orang yang biasa dan dia tidak melakukan itu untuk menerima faedah ataupun untuk memperdayakan orang.
Dia mengakhiri ulasannya dengan menggesa netizen untuk bersikap baik dan untuk jangan “cyberbully”.
REAKSI NETIZEN
Sumber: Weibo
Coeyyy mengetepikan kebencian tersebut dan menggunakan penularannya untuk mempromosikan tutorialnya di RED.
Dia mengajar netizen bagaimana untuk menggunakan aplikasi seperti Facetune 2 dan Meitu Xiu Xiu. Ada netizen yang memuji kemahirannya dalam penggunaan aplikasi tersebut.Mereka berkata:
“Kemahiran Photoshopnya di tahap genius.”
“Kemahirannya sudah melebihi tahap dewa.”
Sumber: Weibo
Ada yang mengecamnya kerana menurunkan berat badannya secara mendadak di dalam gambarnya yang diubah. Mereka berkata:
“Siapa perlu bersenam jika mereka mempunyai aplikasi itu?”
“Mengurangkan berat badan tanpa menjejas resolusi gambar. Mesti clickbait.”
“Ini adalah dua kumpulan orang yang berbeza.”
“Saya tidak boleh menyalahkannya kerana dia kurang yakin pada dirinya sendiri.”
Sumber: Weibo
Yang menariknya, ada juga netizen yang pernah mengecamnya tetapi, beliau telah mengubah fikirannya dan terus menyokong Coeyyy. Dia berkata:
“Awak hanya seorang gadis yang ingin mencantikkan gambarnya seperti orang lain. Apa salah awak?”
Dia juga menambah yang orang harus meraikan dan menghargai jenis badan yang berbeza.
Luahan wartawan: Not going to lie, I was damn shocked when I saw the before and after photos. Day and night sia.
At first, I find that its wrong for her to do that because she is not embracing her natural beauty and body shape. Dia pun macam deceive orang gitu.
But then again, we can’t control people’s decisions and actions. We can only respect and be accepting because the Chinese beauty standards are high and I faham her pressure of wanting to assimilate herself.
Wartawan dulu pun pernah gemuk so boleh relate.
But tbh, I think she looks good either way. Self-acceptance is important but to each its own. Bottomline is, respect each other’s life choices and move along.
Btw, kalau free, bacalah this interesting artikel pasal self-acceptance kat bawah ni.