Pasar Raya Ini Sediakan Barang Dapur Secara Percuma, Ambil Dan Tak Perlu Bayar!
Penduduk di Woodlands bakal berpeluang untuk mendapatkan barangan dapur mereka secara percuma di Store@Woodlands, sebuah kedai masyarakat yang terletak di Blok 852 Woodlands Street 83.
Bakal dilancarkan secara rasmi pada 1 Ogos nanti, kedai masyarakat ini membolehkan penduduk Woodlands, khususnya golongan yang memerlukan, untuk mengambil sebanyak sembilan barangan dapur setiap bulan.
Dilengkapi dengan 1,800 item, Store@Woodlands bukan sekadar menyediakan barangan asas seperti:
mi;
minyak masak;
beras;
sayuran;
dan kelengkapan dandanan diri.
Malah, ia turut menyajikan bahan “tidak konvensional” seperti:
sos tiram;
serbuk kari;
dan kicap manis.
Tambahan pada itu, pelbagai snek dan air sirap turut disediakan.
Jelas Anggota Parlimen (AP) Cik Mariam Jaafar di Facebook pada 13 Julai, inisiatif ini diambil setelah beliau mendapati sebahagian daripada barangan dapur yang diberikan sewaktu catuan makanan terbuang kerana tidak bersesuaian dengan diet atau cita rasa penduduk.
Oleh demikian, kedai masyarakat Store@Woodlands, yang membolehkan para penduduk untuk “memilih sendiri barangan yang mereka mahukan pada masa yang mereka memerlukan”, dibuka bagi mengatasi masalah tersebut.
Dalam pada itu, AP bagi GRC Sembawang ini turut menggalakkan rakyat Singapura untuk sama-sama membantu dalam usahanya untuk membina komuniti yang “lebih baik”.
Orang awam boleh menyumbangkan makanan dan keperluan asas lain ke Kelab Masyarakat Woodlands atau Pusat RC, atau menderma menerusi Give Asia.
REAKSI WARGANET
Menyusuli pos Cik Mariam, warganet memuji usaha beliau dan para sukarelawan yang menjayakan inisiatif ini.
Ada juga yang berharap agar lebih banyak kedai masyarakat dapat dibuka di serata Singapura bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik.
MAKLUMAT STORE@ WOODLANDS
Alamat: Store@Woodlands, Blok 852 Woodlands Street 83, #01-103, S(730852)
Waktu pembukaan:
Setiap Isnin: 7 malam hingga 9 malam
Ahad terakhir setiap bulan: 1 petang hingga 3 petang
Stesen MRT terdekat: Woodlands
Luahan Wartawan: Miss ma’am, I’d move from Admiralty to Woodlands just to be in your area.
Harap-harap inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang betul-betul memerlukan dan tidak disalahgunakan. Untuk yang ada rezeki lebih tu, ringan-ringankanlah tangan untuk memberi sedikit sumbangan
Podcast Plan B minggu ini!
Коментари