top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Pasangan Risau Nikah Ditunda, Serbu ROMM


Pasangan Risau Nikah Ditunda

“Kalau nikah via online pun jadilah,” kata Nur Rashida Yaakob, yang berharap pernikahannya pada 18 April ini dapat dijalankan di rumah.


Dek penularan COVID-19, bukan sahaja operasi perniagaan tergendala dan mata pencarian orang ramai terjejas.


Bahkan, banyak terpaksa dibatalkan — menyebabkan amarah, perasaan hampa dan ketidakpuasan hati ramai pihak.

amarah

Sumber: Giphy


PERTELINGKAHAN DI ROMM

Pada 5 April, Rashida mendengar desas-desus di Facebook bahawa semua pernikahan akan dibatalkan dari 7 April hingga 4 Mei.

Important notice

Notis yang dikongsi di Facebook.


Langsung, wanita 28 tahun ini menghubungi Tok Kadinya di Instagram untuk mendapat keterangan lanjut dan kesahihan berita tersebut.

wanita 28 tahun ini menghubungi Tok Kadinya

Perbualan Rashida bersama Tok Kadi

Perbualan Rashida bersama Tok Kadi.


Oleh kerana Tok Kadinya tidak dapat memberikan sebarang kata putus, Rashida dan tunangnya, Alimran Hassan, 31 tahun, mengambil keputusan untuk Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).


“Saya beratur di luar dari 8:30 pagi hingga 9:30 pagi. Queue amat panjang kerana ramai pasangan hendak bertanya jika pernikahan mereka dapat dijalankan,” kata Rashida.

Saya beratur di luar dari 8:30 pagi hingga 9:30 pagi.

Sebelum ni, I dah cuba call ROMM banyak kali.

“Sebelum ni, I dah cuba call ROMM banyak kali. Jumaat lepas, dalam pukul 4 petang, I dah telefon untuk bertanya kalau tarikh pernikahan harus ditukar. Tiada jawapan.


“Sabtu I call, pun tak ada orang jawab.


“Isnin baru I dapat tahu yang semua pernikahan kena gantung. Itu pun I dapat tahu menerusi Facebook. Tak ada orang dari ROMM pun yang call I,” luah Rashida.


Disebabkan kesesakan di ROMM, Rashida juga berkongsi ada pihak yang mengamuk di sana.

“Apa yang I faham, pak cik ni mengamuk sebab pada mulanya, jumlah tetamu yang boleh hadir majlis anak dia harus dikurangkan kepada 250 orang. Lepas itu 10 orang. Tiba-tiba sekarang, tak boleh nikah pun. Siapa yang tak marah?” kata Rashida.


PERTEMUAN BERSAMA PEGAWAI ROMM

PERTEMUAN BERSAMA PEGAWAI ROMM

Sumber: 99.co


Oleh kerana Rashida dan Alimran telah mendapatkan rumah HDB pada 2 Februari 2020, mereka harus memberikan surat nikah dalam tempoh tiga bulan.


“Sebab itu kami berharap sangat dapat bernikah pada 18 April.


“Kami tak pasti apa yang akan terjadi pada rumah kami kalau tarikh nikah terpaksa ditunda…Mungkin kami tidak layak untuk menerima geran rumah lagi…” ujar Rashida yang juga diberitahu hanya kes-kes tertentu (seperti wali sudah tenat) akan diberi kebenaran untuk melangsungkan pernikahan.


Menurut Rashida, pihak ROMM akan memberi kata putus pada selewat-lewatnya esok, 8 April, jika pernikahan mereka dapat dijalankan.

Tak kisah bernikah dengan pelitup muka dan PPE

Sumber: Getty Images

Tak kisah bernikah dengan pelitup muka dan PPE.


“I tak kisah nikah kecil-kecilan. Asalkan ada saksi, wali dan Tok Kadi, I dah OK. Kalau semua kena datang dalam PPE pun I tak kisah.


“Nikah online pun boleh,” kongsi Rashida yang rasa terdesak.


PLAN B

Bagai merpati dua sejoli.

Bagai merpati dua sejoli.


Menurut Rashida, jika tarikh pernikahan mereka tidak diluluskan, dia dan tunang harus menukar rancangan mereka.

Bangi Convention Centre

Sumber: Bangi Convention Centre


“I tak affected sangat actually that walimah I kena cancel. Sebab I rasa ia lebih selamat. Takut nanti kalau ramai orang, dengan budak-budak lagi, takut ada yang infected.


“Tapi tunang I hampa. Kami dah membuat perancangan selama setahun empat bulan. $25 ribu telah kami keluarkan.


“Dan bukan senang nak merancang. Saya kerja syif malam, dia pula kerja pagi. Memang susah untuk kami bertemu dan membuat perancangan bagi perkahwinan kami…


“Sekarang, tak boleh nikah langsung.


“Tapi, I masih menaruh harapan that tarikh kami dapat diluluskan,” kata Rashida.


KETERANGAN ROMM

Menurut keterangan ROMM, semua pernikahan akan digantung dari 7 April hingga 4 Mei.


“Kami kesal akan kesulitan yang telah berlaku. Namun, disebabkan keadaan ini, kami menyeru kerjasama orang ramai dalam memainkan peranan dan untuk menjalankan tanggungjawab sosial untuk mencegah wabak COVID-19 agar diri kita, keluarga dan orang-orang yang tersayang selamat,” kata ROMM dalam keterangan tersebut.


ROMM juga menambah mereka akan membantu bakal mempelai dalam menukar tarikh pernikahan.


Mereka juga akan membayar balik atau mengetepikan yuran yang telah dibayar.


Segala rayuan akan didengar mengikut kes.


Luahan wartawan: Sedih. Dah spend so much untuk persiapan tapi end up, tak boleh kahwin. Tapi nak buat macam mana kan? Keadaan tak mengizinkan. Langkah ROMM ni pun untuk kebaikan kita semua jadi kepada bakal mempelai, sanak-saudara dan sahabat handai yang dah excited, harap tenang.


Namun begitu, I rasa this situation could’ve been handled better.


Rasanya kalau para pasangan diberitahu lebih awal tentang berita ini, takdelah dorang nak serbu ROMM semata-mata untuk tanya soalan mengenai tarikh pernikahan.


Kalau ada online form pada awalnya, atau collectively tok kadi dapat share di socials masing-masing, mungkin pasangan tidak akan menyerbu pejabat ROMM.


Apa-apa pun, semoga para pasangan yang terjejas kekal tabah.

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page