Padah Menimpa Ketika Menghantar Makanan
- Chap Chai
- May 1, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 15, 2024

Maut menimpa penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Zaim Azman, sedang dia dalam perjalanan untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.
Allahyarham Zaim dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian pada pagi kelmarin (29 April) setelah motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Meru, Klang.
Punca kemalangan tidak jelas.
DISAYANGI RAMAI

Jenazah 21 tahun itu diiringi rakan kerabat daripada Foodpanda dan ahli keluarga.
Sebak dengan berita mengejutkan itu, ada juga yang menitiskan air mata di sisi arwah.

INSANI

Pemergian arwah juga sedikit sebanyak mendedahkan sifat sebenarnya.
Menurut pos Syed Mohamad Al Shabib di Facebook, sehelai sejadah ditemui di dalam beg Foodpanda arwah.
“Saat saya lihat gambar sejadah dan kain yang dibawa semasa dia bekerja, saya menangis. Sebak hati saya,” luah Syed.
“Ini jenazah yang baik.”
Dia turut melampirkan doa buat arwah.
Newsdesk mendoakan agar arwah tenang di sana.
Luahan wartawan: Oh dear…Maybe dia in a rush untuk deliver 🙁
Kepada korang yang kerja delivery, hati-hati di jalan raya. Jangan rush. Keselamatan diri lagi penting daripada customer. Really. Lagipun sekarang tengah rainy season so be extra careful.
Dan kepada korang yang menggunakan khidmat penghantaran, which I believe most of us do, jangan pressurise rider korang. Tak mati kalau barang ke makanan kau datang lambat. Tapi kalau kau rasa service rider kau teruk, feedback to the company. Tak payah spam, maki-maki rider segala.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...