Ocean IFM Meminta Grabfood Turunkan Notis Untuk Elak Salah Anggap
Kurang 10 minit sejak artikel tentang ketidakprihatinan RV Point terhadap para penghantar makanan dikeluarkan, beberapa warganet tampil untuk menjernihkan keadaan.
Pihak pengurusan kondominium RV Point, Ocean IFM Pte Ltd juga menjelaskan bahawa notis mereka telah disalah faham.
PENJELASAN OCEAN IFM
Kata Ocean IFM di Facebook:
Para penghantar makanan masih boleh menggunakan lif untuk memberi makanan kepada penduduk setelah identiti dan tujuan mereka disahkah oleh penduduk berkenaan menerusi sistem interkom.
Poster tersebut dihasilkan dan dinaikkan oleh pengendali GrabFood sendiri dan bukanlah dari pihak pengurusan.
Notis tersebut ditampal bagi menyuruh penghantar dari tingkat bawah tanah (B1) yang hendak ke tingkat satu (L1), untuk menggunakan tangga agar lif di B1 tidak sesak.
Ocean IFM juga berkata mereka akan menyuruh pengendali GrabFood untuk membawa turun notis tersebut dan berharap agar rakyat setempat tidak bertindak secara terburu-buru.
Luahan wartawan: Lain kali notis tu biar clear. Cakaplah dari B1 to L1 kena naik tangga. Kau letak general macam tu mestilah orang mengamok.
Aku affected tau. Aku tak boleh tengok orang bully food riders. Adik aku, pakcik, kawan aku semua food rider tau. Aku terkesan sangat. Aku sampai dah Messenger management condo tau ?
Dah takpe. Aku maafkan. Next time tulis betul-betul faham tak?