top of page
Writer's pictureChap Chai

Nur JM Menjalani Siasatan Polis


Nur JM Menjalani Siasatan Polis

Personaliti Facebook tempatan Nur JM Mohamad sedang menjalani siasatan polis.


Berdasarkan pos JM di Facebook yang dimuat naik pada pagi 29 April, JM berkata bahawa siasatan tersebut dijalankan setelah JM ‘memviralkan si dia’.

Nur JM Mohamad

Namun begitu, rasanya kita semua tahu siapakah gerangan yang dimaksudkan — Ateeqah Mazlan.


VIDEO JM


Tidak lama setelah Ateeqah memuat naik hujahnya tentang penjualan di rumah di wadah IGTV, JM memberi pendapatnya di Facebook.

Petikan skrin daripada video pertama JM

Petikan skrin daripada video pertama JM


Dalam video tersebut, JM berkata bahawa dia telah ‘menonton video seorang influencer’ dan menganggap video yang dikeluarkan sebagai ‘perbuatan yang akan menutup periuk nasi orang lain’.


JM turut mengongsi video IGTV Ateeqah di lamannya.


Kedua-dua video telah dibawa turun.


PERASAAN JM


JM, yang mula menghasilkan video sejak 2014, dikenali sebagai pesona yang ‘real’ dan ‘agresif’ tetapi ‘berprinsip’.

Video lama JM

Video lama JM


“Dari dulu saya buat video, saya tak pernah cakap nama orang. Dalam video ni, saya tak sebut pun nama dia. Saya tak maki pun.


“Video tersebut ditujukan khas buat golongan artis yang dalam masa kini, mempunyai pengaruh yang kuat. Saya cuma ingin menekankan kepada para artis bahawa apa-apa yang mereka kongsi di media sosial boleh meninggalkan kesan buruk kepada orang lain,” jelas JM.


Akan tetapi, JM redha dengan tindakan yang dikenakan atas dirinya dan akur bahawa cara penyampaiannya telah mengguris hati beberapa pihak.


“I don’t know lah…Mungkin dia rasa terancam dengan video saya. Mungkin intonasi saya terlalu garang dan kasar,” jelas JM, resah.


Meskipun dilanda musibah, JM tetap cekalkan hatinya untuk meneruskan inisiatif amalnya.

JM giat mengagihan barangan dapur kepada mereka yang memerlukan pada bulan suci ini

JM giat mengagihan barangan dapur kepada mereka yang memerlukan pada bulan suci ini


JM juga hendak ‘lay low’ di media sosial sehingga siasatan tamat.


Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page