top of page

Nur Insan Menerima Kritikan Berkerjasama Dengan OKLETSGO

Writer: Chap ChaiChap Chai

latar putih dengan logo nur insan

Dalam pada melaksanakan rancangan berunsur keagamaan bersama podcast termasyhur OKLETSGO, institusi pendidikan Islam setempat, Nur Insan, dikecam sebilangan asatizah.

TOHMAHAN ASATIZAH

simpson paderi karakter

Menurut perkongsian pengasas Nur Insan, Faris, di episod pertama bagi siri Non-Judgemental Ustaz (NJU) bulan ini, dia berkata institusinya dikutuk oleh beberapa asatizah.


Selain dilabel ‘terdesak’ untuk mengumpul dana bagi pembangunan Nur Insan, para asatizah turut menuduh Nur Insan sebagai perbadanan Islam yang menyokong ‘perbuatan tidak bermoral’.

watak nun in the simpson. meme gif

“Sejak program ini diadakan tahun lepas, ramai yang datang kepada saya dan menyoal kerjasama Nur Insan bersama OKLETSGO.


“Sampai ada yang bertanya ‘patutkah badan dakwah endorse trio yang menjalankan podcast eksplisit dan content raw?’,” ujar Faris, yang semestinya resah dengan sikap kolot asatizah-asatizah berkenaan.

5 The simpsons watak

Bahkan, Nur Insan turut menerima banyak e-mel negatif daripada asatizah-asatizah ini, sampaikan reputasi NJU pertama, Ustaz Dr Mohamad Yusof Sa’ad, tercalar.


OKLETSGO TERKILAN

the simpsons watak ayah memukul puzzle

Mendengar perkongsian Faris, pengasas bersama OKLETSGO Dzar Ismail, bersuara.


“Kalau tak mampu buat program-program dakwah, jangan matikan program dakwah yang sedia masuk dalam program kami.


“Kalau bukan kerana Nur Insan, siapa yang bakal memimpin pendengar-pendengar kami ke jalan yang benar? Bukankah kita pun orang Islam?

paderi watak

“Tidak layakah pendengar-pendengar kami menerima program dakwah daripada orang-orang yang berpengalaman?” soal Dzar.


Dyn Norahim, selaku pengasas bersama OKLETSGO dan bekas tenaga pengajar di Nur Insan juga makan hati dengan kenyataan asatizah-asatizah tersebut, yang mana beberapa daripada mereka merupakan kawan-kawannya.


NJU TETAP JALAN

the simpsons watak ayah menari di hadapan pintu syurga

Meskipun para asatizah tidak senang dengan kolaborasi Nur Insan dan OKLETSGO, program NJU tetap akan dikelolakan dek permintaan ramai.


Tambahan pada itu, mesej-mesej positif daripada pendengar juga ibarat pemangkin semangat bagi Nur Insan untuk terus mendakwah di wadah OKLETSGO.

the simpsons watak marah dan merobek bajunya

“Kami telah mendapat e-mel daripada ramai pendengar yang mengatakan ‘hati mereka terbuka setelah mendengar NJU’,” jelas Faris.


“Kami tahu, Hidayah datang daripada Allah SWT. Tapi untuk menjadi asbab Hidayah Allah SWT sampai kepada seseorang, membuat hati kami luntur. Alhamdulillah, ini yang kami mahukan.”


Bahkan, pengaruh siri NJU begitu kuat sehinggakan ia telah menginsafkan seorang male stripper.

the simpsons watak ayah berdiri di atas kasur tanpa baju

Semoga di bulan mulia ini, program NJU dapat mendorong lebih ramai pendengar untuk kembali ke jalan yang benar.


Dengarkan NJU pada setiap Khamis bertemankan pegawai dakwah Nur Insan, Ustaz Muhammad Abdul Fattah Abdul Rahman.

Ustaz Muhammad Abdul Fattah Abdul Rahman berfoto di hadapan kubah masjid

Ustaz Muhammad Abdul Fattah Abdul Rahman


Di samping itu, kongsikan juga bagaimana siri NJU telah mengubah diri anda di komen!


Join komuniti Plan B di Telegram dan Instagram

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page