NJU Lancarkan Ibadah Qurban Di Kenya Dan Indonesia Untuk Penduduk Fakir Miskin
Podcast Islamiah Non-Judgemental Ustaz (NJU) menganjurkan ibadah korban kambing di Kenya dan Indonesia bagi membantu penduduk-penduduk fakir miskin dan anak yatim di negara-negara tersebut.
Diumumkan semalam (4 Jun) di laman rasmi mereka, NJU menawarkan khidmat korban di kawasan:
Noorul Adhwim Orphanage, Tiwi, Kwale County;
Al-Munawar Integrated School, Tiwi, Kwale County;
Klik sini untuk rujukan peta
Kecamatan Giri, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur;
dan Kecamatan Glagah, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur.
Klik sini untuk rujukan peta
Menurut kenyataan NJU, korban kambing di Kenya dianggarkan dapat memanfaatkan antara 1,200 hingga 1,300 penduduk miskin, termasuk 60 anak yatim.
“Penduduk dalam perkampungan wilayah Kwale County ini miskin sehinggakan keperluan seperti baju sekolah dan kasut tidak mampu dimiliki.
“Tandas mereka pula masih tiada sistem kumbahan yang sempurna,” jelas wakil NJU.
Mata pencarian penduduk-penduduk sini, yang bergantung kepada industri pelancongan, turut terjejas teruk disebabkan COVID-19.
Lebih 2000 keluarga fakir dan anak yatim dari Jawa Timur pula dianggarkan dapat menerima agihan daging, di mana kebanyakan daripada penduduk mereka merupakan pekerja buruh dan petani yang hanya membawa pulang 50,000 rupiah (S$4.65) sehari.
Jika berminat untuk menjalankan ibadah korban bersama NJU di Kenya atau Indonesia, lungsuri laman https://www.nju.sg/qurbanaqiqah atau hubungi talian 89528593 untuk membuat tempahan kambing.
Gambar dan sijil akan dihantar ke rumah anda.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments