Nikah Online, Norma Baru?
Kemajuan teknologi telah mewujudkan perkara-perkara luar jangkaan — daripada penjualan makanan ‘online’ (sike) kepada pembelajaran ‘online’ dan yang terkini, nikah ‘online’.
Seperti yang diumumkan semalam, pasangan Singapura dibenarkan untuk nikah dalam talian sekiranya rang undang-undang baru yang akan dibentangkan di Parlimen pada 4 Mei ini, diluluskan.
Sumber: Zahid Law Associates
Sebaliknya, para pasangan di Malaysia sudah pun melayari bahtera perkahwinan sejak pernikahan dalam talian di sana dibenarkan beberapa minggu lepas.
Di Selangor, seorang gadis mengongsi kegembiraannya di Twitter setelah selamat dinikahkan dalam talian.
Majlis yang berlangsung dari kediaman masing-masing itu diadakan pada petang 22 April, bersama kehadiran ibu bapa kedua mempelai.
Sumber: Twitter, @theghrack
Namun, tidak semua acara nikah dalam talian dapat berjalan dengan lancar.
Bagi pasangan pekerja barisan hadapan Noorfahmi Mohd Latib, 29 tahun dan Syahida Syatirah Abdul Hadi, 28 tahun, pernikahan mereka tersekat-sekat dek gangguan teknikal.
Disebabkan itu, Penolong Pegawai Perubatan Noorfahmi, yang menghadiri majlis pernikahannya dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), cuma digelarkan suami kepada isterinya, yang berada di Kajang bersama keluarga, setelah tiga kali lafaz.
Sumber: Facebook
Noorfahmi turut berkongsi bahawa dia ‘sedikit sebak’ kerana tidak dapat bersama keluarganya pada hari penting itu.
Sumber: Instagram, @nazrulauzan
Semoga pasangan-pasangan ini tabah hidup berjauhan dengan orang tersayang.
Luahan wartawan: Apa nikmat nikah online? Dah lah jauh, tak boleh kiss, tak ada proper couple pictures, video-audio lag. Aku rather tunggu sampai dapat green light untuk adakan a physical event. Baru ada feels. Lagipun ni lepas nikah, bukannya boleh jumpa pun sebab CB jalan terus sampai 1 June. Unless dalam undang-undang ada part yang dorang kata ‘newly weds can meet’ lah. Macam takde makna gitu…Ni pandangan aku lah.
Apa pendapat korang yang tengah plan nak kahwin? Postpone or nikah online?
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Commenti