Netizen Sepanyol Banjiri Ruang Komen Insta TMJ, Desak Beliau Beli Valencia
TMJ menjadi perhatian peminat bola sepak selepas baginda memuat naikkan beberapa Instastory mengenai kelab bola Sepanyol, Valencia CF.
Tunku Ismail menyatakan beliau ingin mengembangkan empayar, melebarkan sayap dan bersedia dengan cabaran baru. TMJ mengatakan lagi duit bukan motivasinya kerana beliau seorang Tengku dan bukan ahli perniagaan.
”Valencia memerlukan seseorang yang faham tentang bola sepak, mempunyai keghairahan dan dahagakan kejayaan.” -Tunku Ismail.
Perkongsiannya menjadi tanda tanya kepada warganet, adakah TMJ sedang dalam perancangan untuk mengambil alih kelab gergasi yang pernah memenangi liga utama Sepanyol La Liga sebanyak 6 kali.
Kisah tersebut tular hingga Eropah, menarik perhatian penyokong setia Valencia yang ingin TMJ membeli kelab tersebut.
Namun begitu, Anil Murthy, Presiden Valencia menafikan kelab mereka untuk dijual.
“Kelab ini bukan untuk dijual. Rakan sekerja memberitahu saya mengenai hantaran Instagram TMJ. Saya sudah bercakap dengan Peter Lim dan tidak ada petunjuk mengenai kemungkinan menjual kelab itu,” Anil dilaporkan berkata oleh Football ESPANA
Valencia CF sedang bergelut dengan masalah dalaman yang membabitkan kewangan. Penyokong mereka juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan Peter Lim selaku pemilik kelab tersebut kerana gagal menjaga prestasi Valencia.
Kempen ‘Lim Go Home’ juga sudah lama dilancarkan penyokong Valencia kerana percaturan Lim yang di sifatkan bakal memusnahkan pasukan mereka.
Luahan Wartawan: Fun fact, Peter and TMJ are friends.
So I won’t be surprised if TMJ ends up owning part of it, if not the whole club.
Say what you want about the man but he knows football. He is a passionate man with a vision and I believe if he sets his mind on it, he will achieve it.
Podcast Plan B minggu ini!