Netizen Semakin Bosan, Benda-Benda Merepek Dimuat Naikkan Untuk Dijual Di Carousel
Stomper Yu ternampak beberapa tangkapan skrin listing Carousel yang menakjubkan di Instagram termasuk penyenaraian Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada harga beratusan juta dolar.
Terdapat juga penyenaraian Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan ahli-ahli politik Singapura yang lain pada harga yang amat mahal.
Terdapat juga banyak penyenaraian pusat membeli-belah dan bangunan yang berbeza di Singapura, salah satunya adalah Lapangan Terbang Jewel Changi, dengan tanda harganya pada $ 8 juta.
“Jewel Singapore terpakai untuk dijual, digunakan untuk beberapa bulan sahaja, boleh di tawar.” Amboi, anak tauke Jewel ke kau?
Satu lagi penyenaraian adalah untuk stesen MRT Jurong Timur, dan harga yang disenaraikan ialah $50,000.
“Sebuah MRT untuk di jual, boleh makan dan minum macam rumah sendiri kalau beli.”
Ewahhhhhh~
Trend tersebut seolah-olah telah bermula oleh seorang pengguna Carousell tetapi diteruskan oleh orang lain. Terdapat juga hotel-hotel seperti Hotel Fullerton dan Hotel Marina Bay Sands disenaraikan untuk berjuta-juta dolar.
Tapi yang paling terbaik adalah penyenaraian negara Singapura yang ditawarkan pada harga 50 juta dolar.
Pada mulanya Yu keliru melihat penyeneraian tersebut namun terkejut apabila melihatnya di aplikasi Carousell. Warganet berseloroh dengan penyeneraian tersebut.
Betul juga kata dorang.
Relak la bang, orang main-main je kot.
Yu juga menzahirkan perasaan kecewanya terhadap penyeneraian tersebut. Beliau akui bahawa ia dilakukan atas dasar jenaka namun ia kurang berhemah.
“Lihatlah semua orang ini menyiarkan dan menjual perkara-perkara pelik di Carousell. Saya sebenarnya berasa cukup kecewa dengan trend ini. Orang-orang ini bukan sahaja berpura-pura menjual bangunan kami dengan harga yang gila, tetapi mereka melibatkan ahli-ahli politik kita dalam jenaka ini juga. Itu tidak betul.”
Menurut laporan Stomp, jurucakap Carousell mengatakan walaupun mereka menikmati jenaka itu, pengguna diingatkan untuk mematuhi peraturan penyeneraian Carousell. Penyenaraian tersebut sudah pun diturunkan.
Beliau menambah bahawa mereka dengan tegas melarang sebarang bentuk penyenaraian yang melibatkan penjualan orang. Mereka juga tidak membenarkan penyenaraian yang salah atau palsu di platform tersebut.
“Carousell menggunakan teknologi dan AI untuk membantu kami mengenal pasti penyenaraian yang salah atau palsu, dan kami sentiasa menaik taraf dan memperbaiki perkara ini. Pasukan yang berdedikasi di Carousell juga memantau pasaran secara manual, penyenaraian sederhana dan meneliti laporan yang difailkan oleh komuniti kami untuk memastikan kualiti dan keselamatan pasaran kami,” kata jurucakap itu.
Luahan Wartawan: Korang step nak jual LHL, ade duit tak kalau beliau nak amek tindakan?
Silap hari bulan, seluar dalam pun kena gadai dik.
Tapi yang lain tu kekek. Beratus juta dolar eh, imagine kalau betul ada yang sanggup bayar.
Dunia ni penuh dengan manusia yang banyak duit, kes 7 keturunan yang akan datang pun tak payah kerja. Don’t tempt the side of people who are willing to spend because they have the means to.
Biar gadai nyawa, tapi bukan negara atau maruah. Cheyyy. Akak dah deep.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments