Netizen Sebak; Rider Borong Mainan Untuk Hadiahkan Anak-Anak Walaupun Penat Berkerja
Walaupun pekerjaan yang dilakukan itu tidak mudah, ibu bapa pasti mahukan yang terbaik demi anak-anak mereka.
Sebuah perkongsian daripada seorang peniaga mainan di lelaman Facebook HARGA RAPAT menceritakan mengenai sekumpulan penghantar makanan FoodPanda yang singgah untuk membelikan mainan buat anak-anak sementara menantikan kepulangan ayah mereka.
Perkongsian yang telah menular itu meraih lebih daripada 800 likes, 100 komen dan 140 shares.
Sumber: Facebook, HARGA RAPAT
Menurut perkongsian tersebut, antara sebab mengapa mereka membeli mainan tersebut untuk anak-anak adalah kerana sudah lama tidak dapat melakukan hal sedemikian.
Pekerjaan sebagai penghantar makanan ini memakan masa yang lama. Ramai di kalangan penunggang telahpun terlepas hari jadi dan juga peluang untuk bersama keluarga yang tercinta.
Sumber: Facebook, HARGA RAPAT
Kebanyakkan penghantar makanan Foodpanda menjelaskan mereka bekerja selama 13 jam sehari bermula daripada 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Dalam waktu sedemikian mereka berjaya menunaikan secara purata 15 sehingga 25 trip sehari untuk menyara ahli keluarga.
Apa yang lebih menyedihkan adalah ketika mereka sedang khusyuk memilih mainan untuk dihadiahkan kepada anak-anak, ada daripada mereka tidak sempat membeli apa-apa kerana terpaksa meninggalkan tempat itu seketika untuk menunaikan tanggungjawab menghantar makanan kepada pelanggan.
Sumber: Facebook, HARGA RAPAT
Mainan yang dibeli penghantar makanan FoodPanda ini adalah daripada peniaga tempatan yang membuka kedai di tepi jalanraya. Peniaga tersebut juga turut memberi diskaun kepada semua rider yang membeli hasil jualannya itu dan mendoakan agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan.
Sumber: Facebook, HARGA RAPAT
Ruangan komen posting tersebut dipenuhi netizen yang sebak melihat kepayahan menjalankan tugas sebagai seorang delivery rider dan memuji semangat mereka untuk mencari rezeki buat keluarga tersayang.
Sumber: Facebook, HARGA RAPAT
Semoga peniaga tersebut dan kesemua delivery riders sentiasa murah rezeki dan dilindungi Allah SWT, ameen!
Luahan wartawan: MashaAllah, may Allah bless them always for the efforts in providing untuk keluarga dan demi kegembiraan anak-anak. All out dari kul 9 pagi sampai 10 malam eh. Fuh, ni betul-betul nya hustle demi hasil ni. Salute to all of you delivery riders!
Podcast Plan B minggu ini!
Comments