Netizen CSI Shuib Pakai Jam Tangan Berharga RM4 Juta, Pelbagai Andaian Timbul Setelah Dipanggil SPRM
Pelawak dan juruhebah Shuib Sepahtu hangat diperkatakan sejak dua menjak ini setelah dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu berhubung kes pengubahan wang haram, Macau Scam.
Sejak itu, netizen mula mengorek latar belakang selebriti 36 tahun ini dan membuat spekulasi tentang kekayaannya.
JAM TANGAN RM4,000,000
Siasatan jabatan netizen daripada laman Facebook Makcik Kiah mendapati Shuib, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, memiliki koleksi jam tangan mewah seperti Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille.
Jam tangan Richard Mille bernilai lebih kurang RM4 juta.
Netizen, dengan lincahnya, turut melampirkan harga koleksi jam tangannya di mana seutas jam dianggarkan berharga antara RM60 ribu hingga 4 juta (S$19,620 hingga 1.3 juta).
USD$1,063,000 bersamaan RM4,391,266.80
Baca pos asal:
KERETA DISITA
Selain itu, netizen turut mendakwa beberapa hari lepas bahawa kereta Shuib telah disita SPRM.
Kereta disita SPRM.
Gambar Shuib bergaya dengan keretanya. Sama ke idokkk nyah?
KENYATAAN SHUIB
Meski banyak dakwaan telah dilontarkan terhadapnya, bapa kepada tiga anak ini akan membiarkan saja orang ramai membuat spekulasi.
“Shuib tak boleh beri sebarang kenyataan pada masa ini. Biarlah jika orang buat spekulasi sendiri,” kata pengurus Shuib kepada Malaysia Kini.
Tambahnya, Shuib hanya akan bersuara setelah semua urusan bersama SPRM selesai.
Luahan wartawan: Amboi. Satu jam dia boleh cover aku punya yearly expenses! Kemain lagi.
Nampaknya netizens are going hard on him sebab masa Malaysia PKP dia mintak bantuan ? Papepun hopefully everything goes well lah ye. Aku takut kes dia nanti affect Sepahtu jer. Aku suka tengok Sepahtu Reunion ?
Comments