Nenekku Youtuber, Rilek Jer Buat Video Memasak, 8 Juta Tontonan Setiap Bulan
Seorang nenek berusia 70 tahun di India meraih perhatian ramai menerusi video masakannya di laman Youtube yang meraih lebih daripada lapan juta tontonan sebulan.
Suman Dhamane, menerima anugerah Youtube Creator Award tahun ini kerana keenakan resepi dan masakannya menerusi saluran ‘Aapli Aaji’ kepunyaannya di YouTube.
Sumber: Instagram, @aapli_aaji
Salurannya itu dilanggani lebih daripada 580,000 pengikut yang diperolehi dalam tempoh hanya setahun.
Kemahsyuran Suman di YouTube bermula oleh usaha cucu lelakinya yang berusia 17 tahun, Yash yang memaparkan kepakaran neneknya memasak di laman itu.
Sumber: Instagram, @aapli_aaji
Yash mempunyai kepakaran dalam membuat rakaman dan suntingan video serta memuat naiknya di YouTube. Beliau membantu merakamkan neneknya memasak dan memuat naik dua video setiap minggu.
Video Suman semuanya dirakam dalam bahasa tempatannya, iaitu bahasa Marathi kerana kebanyakkan penonton video beliau adalah warga tempatan.
Kaedah masakkan yang digunakan juga mudah untuk diamalkan dan senang untuk diikuti ramai, penyebab besar saluran YouTube beliau itu mendapat sambutan ramai.
Luahan Wartawan: Inspirational. 70 tahun YouTuber. Most of our elderlies by the time dah 70 tahun da retire and relax kat rumah but this nenek shot to superstardom and became an Internet phenomenon. Oh, memang I’ve always have a thing for Indian dishes dan bila tengok video masakkan nenek ni, waduh tetiba lapar balik.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments