Nenek Berusia 84 Tahun Ucap Kalimah Syahadah, Peluk Agama Islam

Seorang nenek di UK memeluk agama islam pada usia 84 tahun. Maria ataupun nama islamnya, Mariam tertarik dengan agama Islam apabila beliau hadir ke sebuah masjid Redbridge Islamic Centre yang terletak di Ilford, United Kingdom.

Sumber: Instagram, @mariam_revert
Penghijrahannya bermula pada musim sejuk tahun 2019. Walaupun cuaca sejuk, beliau menggagahkan dirinya untuk menahan sejuk di depan pintu masjid.

Sumber: Instagram,
Mariam memberanikan diri untuk bertanya kepada seorang wanita yang berada di perkarangan masjid tersebut lalu dijemput masuk ke dalam.
Di dalam masjid, salah seorang jemaah masjid menerangkan aktiviti di lakukan mereka. Secara kebetulannya, hari tersebut adalah hari Jumaat yang mana sejumlah jemaah lelaki sedang menunaikan solat Jumaat.
Mariam diberikan penerangan tentang ibadah sunnah dan juga arah kiblat umat Islam.
SYAHADAH
Setelah mendengar segala penjelasan, Mariam terbuka hati untuk bertanya. Soalannya antara lain berbunyi:
“Bagaimana caranya untuk saya menjadi seorang Muslim? Saya nak jadi Muslim,” katanya tanpa keraguan.
Mariam mengucapkan syahadah di hadapan imam masjid dan beberapa jemaah wanita lain.
“Sejak detik itu, saya memilih menggunakan nama Mariam bersempena nama ibunda Nabi Isa. Kini, saya gigih belajar tentang prinsip agama Islam,” -Mariam
Laman Instagramnya dipenuhi dengan rutin harian yang terdiri daripada belajar membaca ayat-ayat Al Quran, menghafal 99 nama Allah dan sebagainya.

Sumber: Instagram, @mariam_revert
Walaupun bergelar warga emas, Mariam mempunyai semangat yang luar biasa untuk mempelajari tentang agama ALLAH. Beliau terus gigih dan bersungguh-sungguh mempelajari satu persatu tanpa mengenal erti penat.

Sumber: Instagram, @mariam_revert
Dalam sebuah video yang dimuat naikkan, Mariam dilihat gigih membaca Surah Al Fateha yang ditulis dalam tulisan rumi dengan menggunakan cermin mata yang rosak.

Sumber: Instagram, @mariam_revert
Terdahulu, detik pertama beliau mengucap syahadah itu turut dikongsi oleh dirinya sendiri menerusi laman Instagram miliknya hingga meraih lebih 100,000 tontonan.
Luahan Wartawan: SubhanAllah. Hidayah itu milik Allah.

He gives to whoever He wishes. Jangan sesekali give up untuk mengenali Allah.Sebagai insan yang bergelar hamba, kita harus sentiasa berusaha untuk mendekati diri dengan Allah.
Walaupun bergelumang dengan dosa macamanapun, Allah tetap maha pengampun dan penyayang.

Ayuh, kita ambil iktibar daripada nenek Mariam dan terus berjuang untuk menjadi hamba pada Khaliq. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang maha mulia ini.
Podcast Plan B minggu ini!